Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by whitelisting our website.

Melaka United masih cari tempat berlatih

[email protected]

Melaka: Skuad bola sepak Melaka United FC (MUFC) masih menjalani sesi latihan sendiri mengikut program yang disediakan Ketua Jurulatih, Zainal Abidin Hassan sehingga pandemik Covid-19 kembali reda.

Pengurus pasukan, Muhammad Akram Abdullah berkata, situasi berkenaan disebabkan pihak pengurusan sehingga kini belum menemui lokasi sesuai untuk memulakan sesi latihan secara berpasukan.

Katanya, skuad terbabit dijadual menjalani latihan berpusat secara kuarantin menggunakan model gelembung sukan (Camp-based Training) dalam masa terdekat, namun faktor ketiadaan lokasi yang boleh menjamin keselamatan pemain dan orang awam menjadi cabaran utama sehingga kini.

Menurutnya, sebelum ini, MUFC bercadang untuk menggunakan kemudahan latihan di Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) sebagai lokasi latihan berikutan kos di institut pengajian tinggi (IPT) terbabit lebih rendah berbanding penggunaan stadium.

Beliau berkata, bagaimanapun, atas sebab tertentu, pemilihan UTeM sebagai lokasi latihan berpusat terpaksa dilupakan kerana fasiliti di di universiti itu tidak dapat digunakan kerana difahamkan terdapat pelajar yang masih berada di kolej kediaman dan mereka baru sahaja selesai menjalani kuarantin selama 10 hari.

“Ia juga susulan kampus itu juga akan menjadi satu daripada Pusat Pemberian Vaksin (PPV) untuk orang awam di negeri ini dan itu meletakkan aspek kawalan keselamatan dan kesihatan membabitkan pelajar dan pemain MUFC sendiri sukar untuk direncanakan.

“Justeru, buat masa ini, kami akan memikirkan cara lain untuk pemain menjalani sesi latihan dengan selesa dan selamat menerusi perbincangan bersama jurulatih pasukan,” katanya.

Sehubungan itu, disebabkan masalah yang tidak dapat dielakkan, pemain MUFC kini hanya menjalani sesi latihan yang disusun oleh jurulatih pasukan terbabit, sambil dia mengharapkan mereka mampu menyerap setiap arahan berkenaan.

Muhammad Akram berkata, dalam masa sama pihak pengurusan akan terus mencari lokasi dan fasiliti yang sesuai untuk pemain menjalani sesi latihan berpusat secara kuarantin dalam masa terdekat.

Apapun, situasi semasa diakui menyebabkan persiapan pasukan agak terganggu, namun pengurusan akan tetap berusaha mengaturkan Camp-based Training dengan segera selepas merasakan keselamatan pemain terjamin.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Read More
Sumber Web: Harian Metro

Leave a Comment

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.