Menginjak Usia 12 Tahun Pada 1 Muharam, TV Alhijarah Kini Tampil Lebih Agresif Dan Progresif

Tanggal 1 Muharam 1444H cukup bermakna pada tahun ini kerana tarikh istimewa ini menyaksikan TV AlHijrah menginjak usia dua belas tahun selepas memulakan siaran secara rasmi pada 1 Muharam 1432H.

Penyiaran Berkonsepkan Islam Di Malaysia

via TV Alhijrah

Walaupun masih mentah jika dibandingkan dengan stesen televisyen yang lain, namun kehadiran TV AlHijrah dalam mewarnai atmosfera penyiaran negara meninggalkan kesan positif terutamanya dalam mencorak industri penyiaran berkonsepkan Islam di Malaysia.

Malah penonton setia stesen ini menjadikan TV AlHijrah madrasah ilmu di kaca televisyen dan juga di aplikasi telefon bimbit mereka.

‘Satukan Ummah Dengan Ilmu’

Sempena menyambut ulang tahun ke 12, tahun ini TV Alhijrah mengetengahkan tema ‘Satukan Ummah Dengan Ilmu’.

Tema ini sangat bersesuaian apabila penonton semua menjadikan TV AlHijrah sebagai ‘qalbu ilmu’, tonggak utama yang membentuk kekuatan ilmu dan kesatuan ummah.

Lebih Agresif Dan Progresif

via TV Alhijrah

Dengan kejayaan itu, stesen TV ini telah dedikasikan dwi platform iaitu platform televisyen dan platform digital sebagai gedung ilmu yang diyakini mampu memacu kepesatan ilmu bermanfaat yang membangunkan negara dan kesatuan ummah.

TV AlHijrah turut melancarkan gegantung gergasi istimewa bersempena dengan ulang tahun ke-12 mereka.

Pelancaran gegantung gergasi ini disempurnakan dengan bacaan doa memohon kesejahtaraan TV AlHijrah dan seluruh rakyat Malaysia oleh Imam Besar Masjid Negara, Tuan Haji Ehsan Mohd. Hosni.

The post Menginjak Usia 12 Tahun Pada 1 Muharam, TV Alhijarah Kini Tampil Lebih Agresif Dan Progresif appeared first on Murai MY.

Read More

Sumber Web: Murai MY

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.