‘Mereka lebih tajam berbanding kami’

MANCHESTER: Pengendali Paris Saint-Germain Mauricio Pochettino berkata pasukannya berhak mendapat keputusan lebih baik selepas tewas 4-1 secara agregat di tangan Manchester City pada aksi separuh akhir Liga Juara-Juara Eropah.

Dua gol jaringan Riyad Mahrez di Stadium Etihad memberikan City kemenangan 2-0 pada aksi timbal balik separuh akhir itu selepas kemenangan 2-1 di Paris.

Ketiadaan Kylian Mbappe yang cedera jelas menyukarkan PSG untuk menembusi bentang City.

“Saya rasa jika anda menganalisis kedua-dua perlawanan, kami mendominasi pasukan yang sukar untuk didominasi, tetapi anda memerlukan sedikit tuah untuk menjaringkan gol dalam saat-saat penting.

“Saya bangga. Saya ucapkan tahniah kepada Manchester City tetapi saya kecewa kerana saya rasa kami berhak mendapat keputusan lebih baik.

“Namun mereka lebih tajam berbanding kami, mereka mampu menjaringkan gol yang diperlukan. Kami bermain mengikut apa yang kami rancangkan,” kata Pochettino.

PSG menewaskan Barcelona dan juara bertahan Bayern Munich untuk mara ke kelompok empat terakhir musim ini, tetapi gagal mara ke final kedua-dua berturut akibat ketumpulan barisan depan.

Pochettino, dilantik menggantikan Thomas Tuchel pada Januari, bagaimanapun masih berpeluang menjulang gelaran Ligue 1 dan Piala Perancis untuk PSG. – AFP

© New Straits Times Press (M) Bhd

Read More
Sumber Web: Berita Harian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.