Mimi Lana tolak tawaran fotografi Dior demi Palestin

[email protected]

Kuala Lumpur: Pelakon Mimi Lana, 25, sanggup menolak sesi fotografi ditawarkan jenama Dior sebagai tanda sokongannya mempertahankan Palestin.

Mimi atau nama sebenarnya Mimi Rozaiana Zainal Abidin berkata, antara sebab penolakan itu juga adalah selepas pembatalan kontrak model antarabangsa, Bella Hadid bersama jenama itu kerana dia lantang memperjuangkan hak penduduk Palestin yang dirampas rejim Zionis.

“Perkara yang kecil namun sangat besar maknanya. Saya berjuang untuk saudara Palestin saya dan untuk Bella.

“Saya dapat tahu jenama itu menarik keluar nama Bella Hadid sebab menyokong Palestin. Ia sangat sensitif buat warga Islam di negara ini jika saya buat sebarang hantaran mengenai Dior,” katanya.

Terdahulu, model terkenal dunia, Bella dikatakan tidak lagi dinamakan sebagai wajah jenama barangan mewah Perancis itu. Ia gara-gara kelantangannya menzahirkan sokongan terhadap Palestin.

Netizen turut mempersoalkan kenapa Bella didiskriminasi walaupun selebriti lain seperti Gal Gadot yang mempertahankan negara asalnya, Israel berhubung isu yang sama.

Bella baru-baru ini menjadi antara bintang ternama turun padang bagi melakukan protes dan mempertahankan Palestin daripada terus dizalimi rejim Zionis.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Read More
Sumber Web: Harian Metro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.