Warning: fopen(/tmp/alcjlouHTxWd-Gdrgpw.tmp): failed to open stream: Disk quota exceeded in /home/neotizen/public_html/wp-admin/includes/class-wp-filesystem-ftpext.php on line 139

Warning: unlink(/tmp/alcjlouHTxWd-Gdrgpw.tmp): No such file or directory in /home/neotizen/public_html/wp-admin/includes/class-wp-filesystem-ftpext.php on line 142

Minat dorong warga emas aktif menjahit

[email protected]

KOTA BHARU: Meskipun usianya mencecah satu abad, tukang jahit dari Kampung Kubang Cherang, Wakaf Che Yeh, di sini, masih aktif menerima tempahan.

Che Hamat Che Pa, 92, berkata, dia belajar menjahit dengan arwah sepupunya, Wan Ibrahim Che Abdullah ketika berusia 16 tahun disebabkan minat.

Katanya, dia bersyukur kerana masih dikurniakan kesihatan yang baik selain tidak mempunyai sebarang penyakit, kecuali dua tahun lalu dia menjalani pembedahan mata kiri.

“Selalunya ketibaan Ramadan dan Aidilfitri saban tahun menjadi lubuk rezeki berganda buat tukang jahit namun sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), tempahan baju raya tidak lagi sebanyak dulu.

“Tahun ini, pak cik hanya menerima 30 tempahan menjahit baju raya berbanding 100 tempahan tahun sebelumnya.

“COVID-19 dan PKP memberi impak ketara kepada tukang jahit seperti pak cik namun hakikatnya semua orang melalui situasi sama ketika ini,” katanya ketika ditemui di kedai jahitnya Harison Style di Kampung Kubang Cherang, Wakaf Che Yeh.

Bapa lima anak, 20 cucu serta cicit ini berkata, walaupun tempahan baju raya yang diterima tidak banyak, namun dia tetap bersyukur kerana masih ada yang menggunakan khidmatnya.

Dia sebelum ini dibantu beberapa pekerja, namun sebaik PKP dilaksanakan, kebanyakan pekerja tidak dapat datang disebabkan larangan rentas daerah dan kini hanya dibantu isteri, Zawahir Abdullah, 60.

“Berikutan tempahan baju raya yang diterima tidak banyak, pak cik mempunyai masa terluang berbanding dan dalam sehari hanya menjahit satu atau dua pasang sahaja,” katanya.

Dia mengenakan kadar upah menjahit sepasang baju Melayu sebanyak RM130, manakala jubah lelaki (RM70), jubah perempuan (RM50) dan baju kurung antara RM45 hingga RM50.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Read More
Sumber Web: Berita Harian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.