Minta segerakan suntikan vaksin penduduk di kawasan kluster

[email protected]

KUALA BERANG: Kementerian Kesihatan (KKM) disaran menyegerakan memberi suntikan vaksin kepada penduduk di pedalaman terutama masyarakat yang tinggal di lokasi diisytiharkan sebagai kawasan kluster.

Ahli Dewan Undangan negeri (ADUN) Telemong, Datuk Rozi Mamat, berkata penduduk di pedalaman terutama yang tinggal di kawasan kluster juga diminta mendaftarkan diri bagi memudahkan suntikan vaksin dilakukan.

Katanya, penduduk di kawasan terbabit termasuk di lokasi yang diisytiharkan sebagai kluster diminta tidak terpengaruh dengan dakwaan akan mengalami pelbagai penyakit selepas mendapatkan suntikan vaksin.

“Setakat ini tiada seorang pun yang meninggal dunia dan mengalami pelbagai penyakit selepas mendapatkan suntikan vaksin.

“Bagi memudahkan KKM melakukan suntikan vaksin, penduduk di pedalaman termasuk yang tinggal di kawasan kluster diminta mendaftarkan diri melalui sistem Mysejahtera,” katanya pada program penyusunan barang bantuan untuk diagihkan kepada penduduk di kawasan Kluster Matang, di kediamannya hari ini.

Rozi berkata, setakat ini seramai 151 penduduk di empat kampung diarahkan menjalani proses kuarantin.

Katanya, seramai 127 penduduk disahkan positif COVID-19, dan kini sedang di rawat di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC).

“Walaupun pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di mukim Kuala Berang ditamatkan berkuat kuasa malam ini, seluruh masyarakat diminta terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan termasuk terus menjalani kuarantin di rumah,” katanya.

Rozi yang juga Ketua Bahagian Umno Hulu Terengganu, berkata kerajaan negeri dan badan bukan kerajaan serta anak syarikat berkaitan kerajaan (GLC) akan menyediakan bantuan bekalan barangan keperluan utama untuk penduduk yang terjejas sepanjang pelaksanaan sekatan pergerakan penuh bagi mengekang penularan pandemik COVID-19, kalangan komuniti.

“UMNO negeri juga bersetuju menyediakan 1,000 bakul makanan untuk diagihkan kepada penduduk yang terkesan susulan pelaksanaan sekatan pergeraka penuh,” katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Read More
Sumber Web: Berita Harian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.