Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by whitelisting our website.
Categories
News

Motivator pelik hidap Covid-19

Brasilia: Seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) dari Brazil yang dilahirkan dengan bentuk badan yang pelik kini diuji lagi apabila disahkan positif Covid-19.

New York Post memetik The Sun US melaporkan, Claudio Vieira de Oliveira, 44, dari Monte Santo, mengalami penyakit jarang jumpa dikenali arthrogryposis multiplex congenita (AMC) yang menyebabkan kepalanya berpusing ke belakang, lapor The Sun US.

Penyakit itu menyebabkan Oliveira mengalami atrofi otot di kaki dan tangannya namun itu tidak menghalangnya daripada menjalani kehidupan termasuk menjadi penceramah motivasi.

“Saya tidak pernah mengalami kesulitan, hidup saya normal.

“Kini, saya terpaksa menjalani kuarantin penuh kerana Covid-19 dan berharap sembuh daripada penyakit yang menakutkan ini, ” kata Claudio kepada agensi berita tempatan

Menurut Claudio, selama ini dia mengambil langkah berjaga-jaga, malah mengasingkan diri selama lebih setahun dan hanya keluar dari rumah untuk menyelesaikan urusan penting misalnya hal perbankan.

Berkaitan dirinya, Claudio berkata, dia tidak pernah menjadikan kekurangannya sebagai penghalang untuk berdikari, malah sudah berjalan berlutut sejak berusia tujuh tahun.

Claudio juga belajar membaca dan menulis di rumah daripada ibunya.

Walaupun tidak sempurna, Claudio tidak menghadapi masalah melihat, bernafas, makan atau minum.

Antara kejayaannya mengeluarkan cakera video digital (DVD) autobiografi dan menjadi penceramah motivasi sejak tahun 2000.

Di samping itu, Claudio aktif sebagai sukarelawan dengan projek pendidikan untuk kanak-kanak kurang bernasib baik.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Read More
Sumber Web: Harian Metro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Exit mobile version