Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by whitelisting our website.
Categories
News

MSN, Cindy setuju bincang

sukhairi@bh.com.my

Have you seen this video?

KUALA LUMPUR: Majlis Sukan Negara (MSN) akan mengadakan perbincangan dengan Cindy Ong dalam masa terdekat selepas bekas perenang negara itu mendedahkan pernah menerima gangguan seksual daripada jurulatihnya.

Ketua Pengarah MSN, Datuk Ahmad Shapawi Ismail berkata, beliau sudah menghubungi Cindy dan kedua-dua pihak akan mengadakan perbincangan bagi mendapatkan gambaran lebih terperinci mengenai isu dibangkitkan.

“Sehingga perbincangan berkenaan diadakan, pengurusan MSN berharap supaya kami termasuk Cindy diberikan ruang sedikit bagi meneliti pendekatan terbaik menangani isu berkenaan,” kata Shapawi dalam satu kenyataan hari ini.

Sebelum ini, Cindy, 36, yang pernah meraih lima pingat emas dan dua perak dalam kategori Master di Kejohanan Dunia di Korea Selatan dua tahun lalu, dalam pendedahannya, mahu Kementerian Belia dan Sukan (KBS) memandang serius isu gangguan seksual yang berlaku dalam kalangan atlet.

Dia mendedahkan pernah menghadapi gangguan seksual daripada jurulatihnya dan susulan itu KBS mengarahkan pegawainya dan MSN untuk menghubungi Cindy bagi membantunya membuat laporan polis.

Pada masa sama, Shapawi turut memaklumkan atlet, jurulatih dan pegawai yang masih atau sudah tidak terbabit dalam program latihan persediaan atlet di bawah MSN mempunyai beberapa saluran bagi mengemukakan aduan berkaitan salah laku atau gangguan dalam sukan.

“Antara platform yang diwujudkan di bawah MSN adalah seperti Jawatankuasa Perwakilan Atlet bermula pada 2016. Jawatankuasa ini diwakili oleh seorang wakil atlet atau ketua pasukan dari setiap sukan bagi mengetengahkan apa-apa perkara, isu mahupun permasalahan sama ada dari segi kebajikan, perkhidmatan sokongan dan latihan sukan masing-masing supaya program latihan mereka berjalan lancar.

“Jawatankuasa ini turut dianggotai wakil Majlis Olimpik Malaysia (MOM) dan dipengerusikan Pengarah Bahagian Atlet MSN. Lembaga Pengurus MSN yang dipengerusikan oleh Menteri Belia dan Sukan sendiri juga menubuhkan Jawatankuasa Salah Laku dan Perlindungan Dalam Sukan melalui Sekretariat MACE, MSN yang dipengerusikan Datuk Megat Zulkarnain Omar Din, Presiden Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (PESAKA) dan dibantu oleh Nurul Huda Abdullah, bekas perenang dan olahragawati negara yang mana kedua-dua mereka adalah Ahli Lembaga Pengurus MSN,” katanya.

Selain dua platform berkenaan, terdapat juga alternatif lain bagi mengemukakan aduan iaitu menerusi talian ‘careline’ manakala Suruhanjaya Atlet yang berada di bawah Majlis Olimpik Malaysia (MOM) turut menjadi medium yang boleh digunakan bagi tujuan yang sama.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Read More
Sumber Web: Berita Harian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Exit mobile version