IPOH: Mufti Perak, Tan Sri Dr Harussani Zakaria, 82, meninggal dunia hari ini.
Perkara itu disahkan Timbalan Mufti Perak, Datuk Zamri Hashim ketika dihubungi melalui WhatsApp sebentar tadi.
Menerusi mesej itu, beliau sekadar menyebarkan gambar tertera ucapan takziah atas pemergian Allahyarham yang sebelum ini dilaporkan menerima rawatan di unit rawatan rapi (ICU) Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), di sini selepas disahkan positif COVID-19.
Ucapan takziah atas kematian Allahyarham turut dimuatnaik di Facebook rasmi Jabatan Mufti Negeri Perak (JMNPk).
© New Straits Times Press (M) Bhd
Read More
Sumber Web: Berita Harian