Mufti Singapura umum esok Aidilfitri

SINGAPURA: Mufti Singapura, Dr Nazirudin Mohd Nasir, dalam satu kenyataan, mengumumkan umat Islam di republik itu akan menyambut Aidilfitri esok.

Katanya, mengikut kiraan hisab, anak bulan Syawal tidak mungkin dapat dilihat di atas ufuk Singapura ketika matahari terbenam petang semalam, kerana bulan sudah terbenam lebih awal.

“Ini bererti hari ini adalah hari yang mencukupkan bulan Ramadan 30 hari dan awal bulan Syawal tahun 1442H jatuh pada esok, Khamis, 13 Mei 2021.

“Semoga kita dapat menyambut Aidilfitri dengan menghayati erti kemenangan, walaupun dalam keadaan yang serba sederhana.

“Saya berdoa agar Allah menerima segala amal ibadah kita di dalam Ramadan dan memelihara masyarakat kita dari segala bahaya dan kemudaratan,” katanya.

Beliau turut mengajak seluruh rakyat Singapura teruskan semangat tanggungjawab yang diperjuangkan selama ini. – AGENSI

© New Straits Times Press (M) Bhd

Read More
Sumber Web: Berita Harian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.