Perdana Menteri Muhyiddin Yassin tiba di Istana Negara hari ini bagi mengadap Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah.
Kenderaan rasmi Muhyiddin dilihat memasuki pintu utama Istana Negara pada 7.50 pagi.
Secara kebiasaannya, Muhyiddin selaku perdana menteri akan mengadap Sultan Abdullah sebelum mesyuarat Kabinet berlangsung pada Rabu, bagi menyembah maklum perkembangan pentadbiran negara.
Difahamkan, Yang di-Pertuan Agong dijadual menerima menghadap ketua-ketua parti politik negara, termasuk Muhyiddin selaku Presiden Bersatu, secara berasingan bermula hari ini.
Read More
Sumber Web: Berita – MalaysiaNow