MyTOWN KL meriahkan raya anda dengan pertunjukan muzikal lampu dan bunyi serta banyak ganjaran hebat!

SETIAP kali tiba musim perayaan, pusat membeli belah di seluruh Malaysia pasti akan menyediakan dekorasi menarik dan kreatif buat pengunjung. 

Sempena Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi, MyTOWN KL tampil untuk memberi kelainan luar biasa dengan membawakan pertunjukan muzikal lampu dan bunyi istimewa bertemakan Cahaya Aidilfitri.

Pertunjukan kali ini mengisahkan tentang Rumah Kampung bernama Pak Cengal yang  ingin mengembalikan cahaya dan kegembiraan sambutan hari raya bersama rakan-rakan sekampungnya iaitu En Lip & Madam Lap (Pelita), Yam (Meriam Buluh), Rohit & Rokiah ( Mercun Roket) & Coco (Pokok Kelapa) di Kampung Cahaya menjelang Aidilfitri. Menariknya!

ImagePertunjukan menarik muzikal lampu dan bunyi tentang Rumah Kampung bernama Pak Cengal. – FOTO Harian

Selain berhibur dengan pertunjukan hebat itu, pengunjung juga boleh menebus hadiah raya eksklusif menerusi aplikasi MyTOWNKL bermula 23 April sehingga 23 Mei 2021. 

Lebih menarik apabila pengunjung layak mendapatkan sampul raya Glitzampul dan payung edisi khas Glambrella dengan mata ganjaran bermula 300 mata pembelian melalui imbasan resit di Aplikasi MyTOWNKL.

Untuk maklumat lanjut berkaitan terma dan syarat penebusan hadiah raya anda boleh klik disini.

Penebusan hadiah raya eksklusif

Suasana meriah sempena Aidilfitiri hanya di MyTOWN KL – FOTO Harian

Bukan itu sahaja, MyTOWN KL turut memeriahkan raya anda tahun ini dengan penawaran ganjaran hebat menerusi Cabaran Kad Setem Digital.

Pengunjung hanya perlu mendaftar disini dan ikuti arahan diberikan mengenai cara melengkapkan Kad Setem Digital. 

Dengan melengkapkan kesemua sembilan cabaran, pembeli layak memenangi hadiah utama serta baucar makanan dan minuman di mana-mana restoran-restoran terpilih MyTOWN KL.

ImageDekorasi kreatif dan cantik buat pengunjung MyTOWN KL – Foto Harian

Jom meriahkan raya anda di MyTOWN KL, dapat lebih banyak ganjaran hebat

Sempena perayaan Aidilfitri ini, MyTOWNKL mempersembahkan “Kuih Bangkit Atia”, sebuah filem pendek mencuit hati yang mengisahkan Atia, seorang wanita yang berusaha bangkit daripada kegagalan dengan menjual Kuih Bangkit.

Tonton keletah Atia bersama ibunya yang kecoh di laman rasmi Facebook dan YouTube MyTOWN KL.

Ruangan bergambar khas disediakan buat pengunjung MyTOWN KL – FOTO Harian

Bersedia untuk beraya bersama MyTOWN KL? Dapatkan maklumat lanjut mengenai sambutan hari raya serta aktiviti menarik di laman sesawang MyTOWN atau Facebook MyTOWN Shopping Centre dan Instagram MyTOWNKL

© New Straits Times Press (M) Bhd

Read More
Sumber Web: Harian Metro

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.