N Sembilan nafi tuduhan jual vaksin

[email protected]

SEREMBAN: Negeri Sembilan menafikan dakwaan menjual vaksin COVID-19 kepada rakyat melalui Invest NS, seperti yang tular di media sosial.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesihatan, Alam Sekitar, Koperasi dan Kepenggunaan negeri, S Veerapan, berkata kenyataan dikeluarkan pihak berkenaan adalah tidak benar.

“Vaksinasi diberikan kepada rakyat negeri ini adalah percuma melalui Pusat Pemberian Vaksin (PPV) disediakan. Kerajaan Persekutuan tidak mengenakan sebarang bayaran untuk program vaksinasi ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, terdapat maklumat menyatakan pakej vaksin diberikan itu dengan harga RM380 bagi dua dos dengan bayaran 50 peratus sebagai pendahuluan dan baki bayaran perlu dibayar sebelum penerimaan vaksin.

“Kenyataan itu tidak berasas kerana hingga kini tidak diketahui nilai kos vaksin. Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) untuk mencapai imuniti kelompok.

“Bagaimanapun, kita ada menerima permintaan daripada pengusaha kilang yang berhasrat untuk membeli vaksin bagi pekerja mereka. Pada masa ini memang diakui kita masih kekurangan bekalan vaksin jenis Pfizer, Sinovac mahupun AstraZeneca dan proses pemberian vaksin mengambil sedikit masa,” katanya.

Penduduk Negeri Sembilan berjumlah hampir satu juta dan ia tidak termasuk pekerja asing. Hingga kini seramai 486,200 mendaftar untuk divaksin dan hingga 2 Jun lalu, seramai 79,872 menerima dos pertama.

Daripada jumlah itu, seramai 56,202 orang atau kira-kira 10.2 peratus yang sudah menerima suntikan dos kedua.

“Perkembangan ini sangat membimbangkan kerana pemberian vaksin yang lembab atas sebab kekurangan bekalan vaksin.

“Tambahan pula, ada PPV berkapasiti untuk memberikan vaksin hingga 500 orang sehari, tetapi malangnya hanya dapat beri kepada 300 orang sehari kerana masalah bekalan vaksin,” katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Read More
Sumber Web: Berita Harian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.