Nafi ditahan, Khairuddin nak saman penyebar berita palsu

[email protected]

PUTRAJAYA: Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali akan mengambil tindakan undang-undang terhadap individu menyebarkan berita palsu yang mendakwa dirinya mempunyai hubungan dengan selebriti wanita dan ditahan di Sekatan Jalan Raya (SJR) di Perasing, Kemaman seperti yang ditularkan kelmarin.

Khairuddin berkata, kenyataan yang ditularkan itu ternyata mempunyai niat buruk dan mahu merosakkan reputasinya.

“Segala cerita yang disensasikan kononnya berlaku penahanan di sekatan jalan raya di Perasing termasuk gosip berkaitan hubungan dengan selebriti wanita adalah tidak benar dan berniat buruk untuk merosakkan reputasi saya.

“Tindakan undang-undang akan diambil kepada mana-mana pihak yang didapati menulis, menyiarkan atau menyebarkan cerita palsu serta tidak benar,” katanya dalam status Facebook.

Terdahulu, Ketua Polis Terengganu, Datuk Roslee Chik mengesahkan pihaknya memeriksa Ahli Parlimen Kuala Nerus itu yang melalui SJR berkenaan pada 16 Mei lalu.

Roslee dilaporkan berkata, siasatan lanjut oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Bukit Aman akan dilakukan bagi menyiasat kes berkenaan.

Sebelum ini tular di media sosial berhubung penahanan Mohd Khairuddin di SJR Perasing.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Read More
Sumber Web: Berita Harian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.