“Nak Jadi Orang Baik, Kena Dekati Orang Soleh” – Asyraf Khalid Syukur Dapat Menimba Ilmu Dengan Tokoh Agama

Usahawan dan anak tiri penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza, Asyraf Khalid meluahkan rasa syukur apabila berpeluang menimba ilmu daripada tokoh agama Habib Ali Zaenal Abidin Al-Hamid semalam. di Yayasan Ar-Ri’ayah, Ampang semalam.

“Syukur dapat banyak sangat Ilmu agama daripada Habib Ali Zaenal Abidin Al-Hamid hari ni,” katanya.

Ingin Jadi Anak Murid

Ketika pertemuan di Yayasan Ar-Ri’ayah yang berlangsung selama sejam itu, Asyraf, 30, atau nama sebenarnya Muhammad Asyraf Khalid berkata, dia turut berhasrat menjadi anak murid Habib Ali bagi membimbingnya ke arah agama yang lebih baik.

“Kalau dulu, saya ada seorang guru iaitu Abuya Habib Naufal dari Sukabumi, beliau yang banyak mengajar saya dalam bab agama dan adab, tapi Allah lebih sayangkan Abuya dan Allah ambil Abuya dulu.

“Jadi selepas beberapa tahun saya tiada guru khusus bab agama, saya tergerak hati untuk hubungi Habib Ali and saya punya permintaan pada Habib Ali adalah untuk menjadi anak murid beliau. Dalam masa sama mahu beliau menjadi guru untuk membimbing saya ke arah agama,” katanya lagi.

 

View this post on Instagram

A post shared by Asyraf Khalid (@asyrafkhalid)

“Kena Ada Seorang Guru”

Bagi Asyraf yang juga pengasas produk minuman jamu Mutyara bersama isterinya pelakon Tya Ariffin, seorang guru amat diperlukan untuk membimbing hal agama demi mencari ilmu dan menjadi orang yang lebih baik.

“Terima kasih juga kepada ayah kerana membuka jalan untuk saya bertemu Habib Ali dan Alhamdullillah, semuanya di permudahkan.

“Saya fikir, kalau kita nak jadi orang yang baik, kita kena mendekati orang-orang yang soleh. Kadang-kadang iman kita ni ada naik turun, tapi untuk kita tetapkan iman kita, kita kena ada seorang guru untuk sentiasa mengingatkan kita,” katanya.

The post “Nak Jadi Orang Baik, Kena Dekati Orang Soleh” – Asyraf Khalid Syukur Dapat Menimba Ilmu Dengan Tokoh Agama appeared first on Murai MY.

Read More

Sumber Web: Murai MY

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.