Warning: fopen(/tmp/alcjlouHTxWd-7BvbEz.tmp): failed to open stream: Disk quota exceeded in /home/neotizen/public_html/wp-admin/includes/class-wp-filesystem-ftpext.php on line 139

Warning: unlink(/tmp/alcjlouHTxWd-7BvbEz.tmp): No such file or directory in /home/neotizen/public_html/wp-admin/includes/class-wp-filesystem-ftpext.php on line 142

“Nak pandu laju pergi litar, bukan tayang di jalan raya” – Ras Adiba

KUALA LUMPUR: Pemandu perlu bertimbang rasa sambil turut memikirkan mengenai orang lain, apabila memandu di jalan raya agar kemalangan dapat dielakkan, kata Senator Datuk Ras Adiba Radzi.

Presiden OKU Sentral itu berkata, nahas jalan raya sukar dijangka, justeru yang sebaiknya ialah pemandu sendiri perlu beringat dan mengamalkan sikap bertanggungjawab setiap kali mengendali kenderaan.

“Kadangkala, walaupun kita sukakan sesuatu seperti suka berlumba, memandu laju, anda harus bertimbang rasa, fikirkan tentang orang lain. Anda tidak boleh pentingkan diri sendiri dan memandu secara semberono, bukan itu caranya.

“Anda mungkin tahu cara kendalikan kereta, tapi ada kemungkinan pada hari itu kereta anda mengalami masalah,” katanya dalam temu bual prarakam mengenai Webinar: Stories of Speed semasa sesi beliau bertajuk ‘A Consequence of Speeding: My Story by Honorable Senator Datuk Ras Adiba Radzi’, semalam.

Webinar itu merupakan sebahagian daripada kempen Minggu Keselamatan Jalan Raya ASEAN 2021 (ARSW 2021), program selama tujuh hari yang bertujuan memperkasa komuniti Asia Tenggara untuk mewujudkan kawasan selamat, sihat, hijau dan sesuai didiami dengan had laju 30 kilometer sejam atau 20 batu sejam, sebagai satu kebiasaan di kawasan di mana terdapat pertemuan pejalan kaki dan lalu lintas.

Ras Adiba yang juga Pengerusi Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) turut menasihati mereka yang suka memandu laju di jalan raya agar berbuat demikian di atas litar lumba, bagi mengelakkan membahayakan orang lain termasuk pejalan kaki.

“Kalau anda nak menunjuk-nunjuk kereta, kemahiran, pergilah ke litar lumba, bukan di jalan raya kerana jalan raya bukan tempat berbuat demikian, bukan semua orang boleh mengawal kenderaan mereka seperti anda.

“Jangan memandu laju, sebab itulah yang berlaku ke atas saya pada 1995. Saya terbabit dalam nahas kereta. Kereta di depan saya membrek, disebabkan saya belajar defensive driving, saya pun membrek dan membelok ke kanan, namun orang di belakang saya tidak memberi tumpuan pada pemanduan, atau mungkin mereka tidak begitu mahir, saya tak tahu (telah melanggar kereta saya),” katanya.

Pada November 1995, Ras Adiba terlibat dalam nahas jalan raya di Petaling Jaya, Selangor yang menyebabkan kecederaan pada tulang belakangnya.

Enam tahun kemudian, beliau diserang sekumpulan lelaki di luar kediamannya, sekali gus memburukkan lagi kecederaan tulang belakangnya, dan setahun kemudian beliau terpaksa berkerusi roda untuk selama-lamanya.

Sementara itu, ditanya mengenai Orang Kurang Upaya (OKU) dan mobiliti, Ras Adiba berkata, pada masa ini tidak banyak bas yang dapat memenuhi keperluan golongan tersebut.

Justeru katanya mereka yang berkenaan perlu meningkatkan kemudahan pengangkutan untuk OKU.

“Jika saya hendak ke luar bandar menaiki bas, saya terpaksa merangkak untuk naik ke atas bas disebabkan tidak ada tanjakan disediakan untuk kami naik atau turun bas.

“Malah, kita juga tidak ada teksi yang memenuhi keperluan pengguna kerusi roda,” katanya. – BERNAMA

© New Straits Times Press (M) Bhd

Read More
Sumber Web: Berita Harian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.