Neelofa dan suami mengaku tak bersalah atas tuduhan langgar SOP

Neelofa dan suaminya, PU Riz, hadir di Mahkamah Majistret Seremban, bagi berdepan tuduhan pagi ini.

PETALING JAYA: Selebriti Neelofa dan suaminya, Haris Ismail mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Seremban hari ini atas tuduhan melanggar prosedur operasi standard (SOP) perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB).

Semalam dilaporkan pasangan itu dijangka didakwa mengikut Peraturan 19 Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah di dalam Kawasan Tempat Jangkitan Kawalan Pergerakan).

Pasangan itu mencetuskan kemarahan warganet kerana didakwa merentas negeri ke Pusat Perniagaan Nilai 3 di Negeri Sembilan untuk membeli karpet pada 2 Mei lalu, dengan ramai mempersoalkan bagaimana mereka boleh merentas negeri semata-mata untuk membeli barang perhiasan rumah.

Susulan itu, mereka dipanggil memberi keterangan selama empat jam di Ibu Pejabat Polis Daerah Nilai pada 4 Mei lalu.

Turut diambil keterangan ketika siasatan adalah pemilik premis serta pembantu kedai karpet itu.

BERITA LANJUT MENYUSUL

Read More
Sumber Web: Tempatan – Free Malaysia Today (FMT)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.