Warning: fopen(/tmp/alcjlouHTxWd-7Trtqb.tmp): failed to open stream: Disk quota exceeded in /home/neotizen/public_html/wp-admin/includes/class-wp-filesystem-ftpext.php on line 139

Warning: unlink(/tmp/alcjlouHTxWd-7Trtqb.tmp): No such file or directory in /home/neotizen/public_html/wp-admin/includes/class-wp-filesystem-ftpext.php on line 142

Negara gesa siasatan mendalam punca COVID-19

GENEVA: Amerika Syarikat (AS) dan beberapa negara menggesa siasatan lebih mendalam dilakukan bagi mengenal pasti asal-usul pandemik COVID-19.

Ini berikutan misi antarabangsa pasukan penyiasat khas Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) ke China awal tahun ini gagal menemui bukti konklusif, malah membangkitkan lebih banyak persoalan baharu.

Bercakap pada mesyuarat tahunan WHO, wakil AS, Jeremy Konyndyk dan wakil negara lain menekankan keperluan meneruskan siasatan bagi menyelesaikan misteri bagaimana wabak itu boleh tersebar.

“Kami menggariskan kepentingan inkuiri yang komprehensif diketuai pakar untuk mengesan punca jangkitan COVID-19,” katanya pada Perhimpunan Kesihatan Sedunia (WHA).

Selain AS, Kesatuan Eropah (EU), Australia dan Jepun antara negara yang mendesak berhubung perkembangan siasatan terbabit.

Sementara itu, wakil Britain menegaskan, sebarang siasatan yang dilakukan sekarang sebagai tepat pada masanya, disokong oleh pakar dan berasaskan sains yang kukuh.

Siasatan untuk menentukan punca virus yang menyebabkan COVID-19 tersebar penting bagi membendung mutasi virus itu sekarang dan mengekang sebarang pandemik pada masa depan.

Bagaimanapun, laporan pasukan pakar antarabangsa bersama rakan sejawat dari China gagal menemui sebarang bukti kukuh berhubung asal-usul pandemik itu.

Sebaliknya, mereka hanya menggariskan beberapa hipotesis berhubung kemungkinan pandemik itu bermula.

Berdasarkan laporan dikemukakan pasukan terbabit, besar kemungkinan virus itu berasal dari kelawar dan menjangkiti manusia, manakala teori kononnya virus itu dihasilkan di makmal adalah tidak tepat.

Bagaimanapun Ketua Pengarah WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus, menegaskan bahawa semua teori masih boleh diguna pakai dan kekal relevan sehingga jawapan ditemui.

Sementara itu, Setiausaha Kesihatan AS, Xavier Becerra, menyokong gesaan supaya siasatan itu dijalankan berdasarkan terma rujukan baharu.

“Fasa kedua siasatan asal-usul COVID-19 perlu dilakukan bersama terma rujukan yang lebih telus, berasaskan sains dan memberi kebebasan serta akses penuh kepada pakar antarabangsa menyiasat punca virus terbabit merebak,” katanya. – AFP

© New Straits Times Press (M) Bhd

Read More
Sumber Web: Berita Harian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.