Paris: Neymar bersetuju untuk menyambung kontrak dengan Paris Saint Germain (PSG) hingga 2025 jelas kelab berkenaan dalam satu pengumuman.
Pemain kelahiran Brazil itu meraih tiga kejuaraan Ligue 1 bersama kelab Paris itu sejak tiba pada 2017 dari Barcelona dengan nilai perpindahan €222 juta (RM1.1 bilion) dan kekal menjadi perpindahan paling termahal dalam sejarah.
“Saya berbesar hati untuk meneruskan perjalanan di PSG. Saya gembira di Paris dan bangga menjadi sebahagian daripada skuad ini, bekerjasama dengan pemain dan jurulatih yang hebat,” katanya.
Sebelum ini sering kali terdapat spekulasi di Sepanyol bahawa Barcelona mahu mendapatkannya semula namun keputusan Neymar untuk kekal dengan pasukan ibu negara Perancis itu bukan satu kejutan selepas dilihat selesa berada di PSG dengan membantu pasukan berkenaan mara ke perlawanan akhir Liga Juara-Juara.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Read More
Sumber Web: Harian Metro