Warning: fopen(/tmp/alcjlouHTxWd-ppsbOJ.tmp): failed to open stream: Disk quota exceeded in /home/neotizen/public_html/wp-admin/includes/class-wp-filesystem-ftpext.php on line 139

Warning: unlink(/tmp/alcjlouHTxWd-ppsbOJ.tmp): No such file or directory in /home/neotizen/public_html/wp-admin/includes/class-wp-filesystem-ftpext.php on line 142

Nikah di Kelantan diteruskan melalui sidang video

[email protected]

Kota Bharu: Majlis akad nikah di Kelantan dibenarkan menerusi sidang video sahaja berkuat kuasa serta merta susulan pelaksanaan Sekatan Pergerakan Penuh (SPP) di seluruh negara bermula esok.

Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan (JAHEIK) Datuk Che Mohd Rahim Jusoh berkata, kebenaran itu diberikan kepada pasangan yang sudah mendapat kebenaran untuk berkahwin daripada Pejabat Agama Jajahan.

Katanya, majlis itu perlu dijalankan di rumah pengantin perempuan dan tiada pergerakan rentas negeri atau daerah dalam kawasan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kecuali pengantin lelaki sahaja dengan kebenaran Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Jurunikah perlu memastikan kesemua yang terbabit hadir sepanjang sidang video iaitu seorang wali, pengantin lelaki, pengantin perempuan dan dua saksi.

“Majlis hendaklah berlangsung di tahap menyakinkan dan bukannya ragu-ragu,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Che Mohd Rahim berkata, jurunikah hendaklah menyaksikan lafaz ijab qabul oleh pengantin lelaki bersama pengantin perempuan dengan kehadiran wali dan dua saksi.

Katanya, jamuan makan di rumah pengantin perempuan tidak dibenarkan dan semua pihak perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

“Arahan ini diguna pakai bermula esok sehingga SPP tamat dan arahan pentadbiran yang dikeluarkan sebelum ini adalah terbatal,” katanya.

  • Lagi berita berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan
  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • © New Straits Times Press (M) Bhd

    Read More
    Sumber Web: Harian Metro

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.