Oliveira juarai GP Catalunya

MONTMELO: Pelumba Portugal, Miguel Oliveira mengungguli perlumbaan MotoGP Grand Prix (GP) Catalunya, hari ini selepas mengatasi cabaran Johann Zarco pada hujung saingan.

Pelumba Australia, Jack Miller pula meraih podium ketiga selepas pendahulu kejuaraan, Fabio Quartararo dikenakan penalti tiga saat kerana terbabas dari trek tatkala berbaki empat pusingan di Litar de Catalunya.

“Segala-galanya sangat sukar. Saya cuba mengawal penggunaan tayar dan kekal tenang apabila Fabio memberi tekanan kepada saya.

“Walaupun dia memotong saya tetapi saya kekal tenang. Kemudian saya lihat ada peluang di laluan lurus dan kembali memotongnya. Ia perlumbaan yang bagus,” kata pelumba KTM itu.

Quartararo dan Miller pada satu ketika memimpin perlumbaan namun kedua-duanya berdepan masalah.

Namun, Quartararo masih mengungguli kedudukan teratas pelumba namun Zarco yang beraksi bersama pasukan satelit Ducati, Pramac, kini hanya ketinggalan 17 mata. – AFP

© New Straits Times Press (M) Bhd

Read More
Sumber Web: Berita Harian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.