Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by whitelisting our website.
Categories
News

Ongkili nampak terdesak, Guan Dee bidas serangan terhadap Kitingan, kesediaan kerjasama dengan Warisan

Have you seen this video?

KOTA KINABALU: Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS), Maximus Ongkili, nampak terdesak dalam cubaan menyelamatkan kerjaya politik dan masa depan partinya apabila ‘menyerang’ Presiden Parti Solidariti Tanah Airku Rakyat Sabah (STAR), Jeffrey Kitingan, selain menyatakan kesediaan untuk bekerjasama dengan parti pembangkang, Warisan, kata Guan Dee Koh Hoi.

Setiausaha agung STAR itu berkata sikap “bermusuhan” Ongkili terhadap sesama anggota Gabungan Rakyat Sabah (GRS) membuatkan orang tertanya-tanya apakah pertimbangannya masih logik “dan apakah niatnya yang sebenar”.

“Nampaknya dia begitu terdesak untuk mengambil alih Parlimen Keningau dan DUN Tambunan dari tangan Kitingan sehingga dia sekarang bersedia mengambil jalan ‘sai lang’ (pertaruh segalanya) untuk cuba selamatkan karier politiknya dan masa depan PBS.

“Tindakan agresif Ongkili tidak masuk akal dan saya tertanya-tanya, apakah itu semua usaha terdesak yang melulu untuk cuba menghidupkan semula kekuatan PBS yang sokongannya semakin merudum,” katanya dalam kenyataan.

Sebelum ini, Ongkili mengingatkan Kitingan supaya tidak mencetuskan sentimen untuk keuntungan politik sendiri selepas Kitingan mencadangkan agar Perlembagaan Persekutuan baharu digubal bagi menyelesaikan status Sabah dan Sarawak.

Semalam, Ongkili menyatakan PBS bersedia untuk bekerjasama dengan Warisan, menjawab Presiden Shafie Apdal yang menyatakan keinginannya untuk menjalin kerjasama dengan PBS.

Guan Dee berkata Ongkili nampaknya “mencampakkan semua kerjasama antara PBS dan STAR” dan dengan berbuat demikian, “mengorbankan apa pun kesatuan yang masih ada” antara kedua-dua parti dalam GRS.

“Kebenaran tujuannya ini dapat disahkan dengan kesediaannya untuk bekerjasama dengan Warisan, satu parti yang bermain dengan idea mahu pula bekerjasama dengan UMNO,” katanya.

Guan Dee percaya tindakan Ongkili itu hanya menguntungkan partinya, kerana semakin ramai yang akan kecewa dengan PBS.

“Kita boleh nampak bahawa pendirian PBS ini bertentangan dengan aspirasi dan citarasa kebanyakan rakyat Sabah, terutama kaum Momogun (komuniti dalam Kadazan Dusun Murut),” katanya.

Read More
Sumber Web: Tempatan – Free Malaysia Today (FMT)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Exit mobile version