Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by whitelisting our website.
Categories
News

Padah bergurau beg ada bom di lapangan terbang

Oleh Abdul Rahemang Taiming

bhnews@bh.com.my

TAWAU: Padah bergurau kononnya beg galas yang dibawa mengandungi bom, seorang polis bantuan ditahan pihak berkuasa, semalam susulan aduan dibuat kakitangan lapangan terbang Tawau, jam 8.20 pagi.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Peter Umbuas berkata, suspek berusia 30 tahun dan bekerja sebagai polis bantuan di Selangor, mendakwa membawa bom dalam beg galas dibawanya ketika pemeriksaan di kaunter masuk syarikat penerbangan di lapangan terbang berkenaan.

Beliau berkata, ketika ditanya oleh petugas kaunter berkenaan isi kandungan beg yang dibawa, suspek menjawab “ada bom.”

“Bimbang dengan ugutan itu, petugas wanita berkenaan meminta bantuan pengawal keselamatan sebelum suspek ditahan.

“Walaupun suspek mendakwa hanya bergurau, polis memandang serius tindakan lelaki terbabit yang boleh mencetuskan kegemparan awam terutamanya di lapangan terbang,” katanya pada sidang media hari ini.

Peter berkata, hasil siasatan lanjut unit pemusnah bom polis mendapati tiada sebarang bahan letupan atau bom di dalam beg suspek.

“Suspek bagaimanapun dibebaskan dengan jaminan polis sementara siasatan lanjut dibuat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan,” katanya sambil menasihatkan orang ramai supaya mengelak membuat gurauan yang boleh mencetuskan situasi panik terutamanya di lapangan terbang.

TAWAU 21 MEI 2021. Unit Pemusnah Bom, IPD Tawau membuat pemeriksaan terhadap beg galas didakwa mengandungi bom. – Foto ihsan polis

© New Straits Times Press (M) Bhd

Read More
Sumber Web: Berita Harian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Exit mobile version