Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by whitelisting our website.
Categories
News

Palsukan pengisytiharan operasi, kilang dikompaun RM10,000

bhnews@bh.com.my

SUNGAI SIPUT: Pemilik sebuah kilang kayu di Kawasan Perindustrian Sungai Siput di sini, dikompaun RM10,000 hari ini selepas memalsukan butiran dengan mengisytiharkan operasi sebagai perniagaan perkakasan iaitu perkhidmatan perlu.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Mohd Khaizam Ahmad Shahabudin, berkata selain kompaun ke atas lelaki berusia 70-an itu, lapan pekerja tempatan di kilang itu turut dikompaun RM2,000 seorang.

Beliau berkata, pemeriksaan jam 10.45 pagi tadi yang dijalankan pihaknya bersama Jabatan Perhutanan Daerah Kuala Kangsar mendapati kilang itu beroperasi dengan kebenaran Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) tetapi memalsukan jenis perniagaan.

“Kilang terbabit adalah kilang kayu tetapi diisytihar kepada MITI sebagai perniagaan perkakasan.

“Pemilik premis maklum dengan pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) yang dilakukan selain mengaku menyalahgunakan kelulusan itu,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Katanya, tindakan ke atas pemilik premis dilakukan mengikut Peraturan 17(2) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2021 selain Seksyen 17(1) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 bagi lapan pekerja yang dikompaun.

Mohd Khaizam berkata, seramai 17 warga asing pekerja kilang itu ditahan dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sungai Siput untuk tindakan lanjut.

Katanya, kilang terbabit diarah tutup serta-merta dan MITI akan diminta membatalkan kelulusan operasi kilang berkenaan.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Read More
Sumber Web: Berita Harian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Exit mobile version