Panik bangunan tiba-tiba ‘bergoyang’

Shenzhen: Orang ramai panik selepas satu bangunan tinggi di sini, tiba-tiba bergoyang dengan kuat, Rabu lalu.

Rakaman yang tular menunjukkan pengunjung SEG Plaza, bangunan setinggi 300 meter itu, melarikan diri kerana ketakutan.

Ia juga menyebabkan individu berada di kawasan lari bertempiaran kerana menyangka sesuatu yang buruk akan berlaku.

Dalam pada itu, pemilik bangunan, SEG Group, sudah mengarahkan supaya bangunan itu ditutup sehingga tempoh yang diberitahu kelak.

Ia bagi membolehkan siasatan berhubung kejadian itu.

“Tiada orang dibenarkan memasuki bangunan itu sehingga siasatan selesai,” katanya tanpa memberikan tarikh tepat bila bangunan itu kembali dibuka.

Perintah itu berkuat kuasa Jumaat.

Sementara itu, pihak berkuasa tempatan menafikan bahawa insiden berpunca daripada gempa bumi.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Read More
Sumber Web: Harian Metro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.