Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by whitelisting our website.
Categories
BMF News

Pasangan suami isteri direman bantu siasatan kes dera anak saudara

AMPANG – Mahkamah Majisteret Ampang Jaya hari ini memerintahkan sepasang suami isteri direman bagi membantu siasatan kes penderaan dua kanak-kanak berusia enam dan lapan tahun yang juga merupakan anak saudara suspek wanita.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, reman terhadap kedua-dua suspek berusia 29 dan 33 tahun itu bermula hari ini.

“Kedua-dua suspek ditahan kira-kira pukul 6 petang semalam (Jumaat).

“Suspek wanita yang menjaga dua adik-beradik itu sejak dua tahun lalu selepas bapa kepada kanak-kanak itu meninggal dunia merupakan adik kepada ibu mangsa.

“Ibu kanak-kanak itu dikatakan tidak mahu menjaga anaknya sebelum diserahkan kepada suspek untuk penjagaan,” kata Mohamad Farouk.

Terdahulu, media melaporkan seorang kanak-kanak lelaki bertindak nekad cuba melarikan diri melalui tingkap di tingkat empat sebuah kondominium di Taman Cahaya di sini selepas dipercayai didera dan dikurung.

Mangsa yang disyaki didera berdasarkan kesan pada tubuh badannya berjaya diselamatkan oleh orang awam.

Pemeriksaan lanjut turut menemui adik perempuan mangsa berusia enam tahun yang mempunyai kesan kecederaan lebam di bahagian kaki, tangan dan belakang badan, juga dipercayai akibat penderaan.

Kedua-dua mangsa telah dirujuk ke Hospital Ampang untuk pemeriksaan.

Kes disiasat di bawah seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001.

Untuk lebih berita di Neotizen News, Klik SINI

Read More

Sumber Web: Home – Malakat Tribune

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Exit mobile version