Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by whitelisting our website.
Categories
News

Pastikan bekalan mencukupi, stabilkan harga bahan makanan

bhnews@bh.com.my

KUALA LUMPUR: Kementerian Pertanian dan Industri Makanan sentiasa mengutamakan keberadaan makanan yang selamat dengan harga berpatutan di pasaran bagi menyahut cabaran sekuriti makanan.

Menterinya, Datuk Seri Dr Ronald Kaindee, berkata kuasa membeli adalah perkara pertama yang perlu ditangani dalam memudahkan keperluan dan akses rakyat kepada makanan.

Beliau berkata, tanpa kuasa membeli, kebolehcapaian rakyat terhadap makanan yang berkhasiat untuk memenuhi keperluan diet nutrisi juga akan terjejas.

“Selain itu, kementerian itu juga akan memberi perhatian khusus dalam meningkatkan pengeluaran makanan secara domestik bagi memastikan ketersediaan makanan yang mencukupi sekali gus dapat menjamin kestabilan harga makanan.

“Pada masa sama, usaha untuk mempelbagaikan sumber import serta kerjasama dalam bidang diplomasi makanan juga amat perlu bagi kesinambungan bekalan makanan yang tidak dapat dihasilkan dalam negara,” katanya pada sesi ucaptama webinar Sekuriti Makanan Negara 2021 yang kali pertama diadakan oleh kementerian itu secara dalam talian.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Timbalan Kementerian Pertanian dan Industri Makanan 1, Datuk Seri Ahmad Hamzah.

Mengulas lanjut, Ronald berkata, kementeriannya turut melihat peranan teknologi moden penting bagi memaksimumkan produktiviti dalam usaha mencipta sistem makanan yang lebih stabil.

Malah, katanya, usaha itu juga dapat mengurangkan kebergantungan kepada import makanan dan penggunaan tenaga asing.

“Bagaimanapun, kita tidak dapat menafikan bahawa kerjasama dan komitmen sektor swasta, badan bukan kerajaan (NGO) serta masyarakat penting untuk mengatasi cabaran sekuriti makanan dengan berkesan.

“Secara khususnya ia untuk mengoptimumkan sumber dalam sistem makanan dengan mengurangkan pembaziran dan kehilangan makanan,” katanya.

Beliau berkata, dengan itu, advokasi berteraskan penggunaan mampan berasaskan pendekatan ‘whole of society’ (seluruh masyarakat) perlu dipertingkatkan.

Pada masa yang sama, katanya, pihaknya tidak mengabaikan kesiapsagaan negara dalam menghadapi krisis sekuriti makanan yang mendukung kestabilan dan ketahanan sistem makanan negara.

“Kolaborasi strategik untuk melindungi dan memelihara sumber semula jadi adalah penting dalam memastikan sistem makanan negara kekal berdaya tahan dan mampan.

“Kita juga tidak boleh menafikan faktor luaran seperti perubahan iklim turut mempengaruhi ketersediaan sumber bagi pengeluaran makanan.

“Justeru dalam hal ini, langkah bersepadu dan holistik menerusi pendekatan ‘whole of society’ dapat memastikan sistem makanan negara kekal utuh dalam menghadapi sebarang cabaran di masa hadapan.

Beliau berkata, pendekatan ‘whole of society’ dengan mengutamakan keperluan dan suara rakyat adalah amat penting dalam menyahut cabaran sekuriti makanan negara.

“Dalam hal ini, pendekatan bawah-atas atau ‘bottom-up’ akan terus dilaksanakan oleh kerajaan secara strategik dalam usaha untuk memperkukuh sekuriti makanan negara.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Read More
Sumber Web: Berita Harian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Exit mobile version