PBB ‘prihatin’ nasib pelarian Rohingya di Bhashan Char

DHAKA: Tindakan polis Bangladesh menahan etnik Rohingya yang melarikan diri dari sebuah kem penempatan di sebuah pulau negara itu membimbangkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Ia susulan satu laporan diperoleh Suruhanjaya Tinggi bagi Pelarian PBB (UNHCR), menyatakan berlaku tunjuk perasaan membantah layanan diterima pelarian di pulau berkenaan.

Bangladesh sudah memindahkan 18,000 pelarian untuk ditempatkan di pulau Bhashan Char, Teluk Benggala, yang dibina khusus bagi menampung 100,000 pelarian Rohingya.

Ketika ini, kawasan kem pelarian yang terletak di Cox’s Bazar yang menempatkan antara 850,000 hingga sejuta pelarian sudah semakin sempit dan terlalu padat.

Sebilangan pelarian Rohingya memberitahu mereka dipaksa berpindah ke pulau itu berkenaan, yang mana keadaannya amat buruk dan terdedah kepada bencana alam terutama ribut taufan.

Difahamkan sejak beberapa minggu kebelakangan, sekurang-kurangnya 59 pelarian ditahan selepas mereka cuba melarikan diri dari pulau berkenaan.

UNHCR, dalam satu kenyataan semalam, memaklumkan selepas mengadakan lawatan empat hari ke Bangladesh, mereka amat prihatin dengan laporan mengenai pelarian yang ditahan kerana cuba meninggalkan Bhashan Char.

Menurut polis, ketika UNHCR memeriksa pulau itu Isnin lalu, ribuan pelarian Rohingya mengadakan tunjuk perasaan mengenai keadaan di pulau berkenaan dengan bertindak melempar batu sehingga memecahkan tingkap.

UNHCR menyatakan bahawa mereka bahawa sangat mengambil berat dan mahu mengetahui laporan mengenai pelarian yang cedera ketika demonstrasi itu.

Agensi itu juga mengambil maklum aduan pelarian di pulau berkenaan yang kerap terdedah kepada taufan yang melanda pulau itu.

Mereka juga mahu pelarian Rohingya di situ Perlu diberi peluang menjalani kehidupan yang lebih bermakna, diberikan kemahiran, pendidikan, kesihatan dan akses wang tunai untuk memudahkan kehidupan seharian.

Pelarian terbabit mendakwa pemindahan ke pulau itu bagaikan satu hukuman berat terhadap mereka, yang enggan diterima sebagai rakyat Bangladesh dan enggan pulang ke Myanmar, dari mana mereka melarikan diri.

Dua pelarian Rohingya yang melarikan diri dari pulau itu baru-baru ini memberitahu AFP bahawa ratusan pelarian berbuat demikian tetapi Ketua Polis pulau itu, Mahe Alam, menafikan jumlah itu dan menyatakan kurang 100 orang berbuat demikian.

“Bhashan Char memiliki beberapa potensi, namun elemen perlindungan manusia dan pelarian yang tinggal di sana harus dipertimbangkan sepenuhnya.

“Pelarian perlu diberikan kebebasan bergerak di pulau itu dan harus diberi peluang untuk kembali semula ke Cox’s Bazar, berhubung dengan keluarga serta penduduk di kem,” kata Penolong Pesuruhjaya UNHCR, Gillian Triggs.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Read More
Sumber Web: Berita Harian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.