PdPR: Guru disaran tingkat kemahiran mengajar

[email protected]

Kuala Lumpur: Guru perlu mempertingkatkan kemahiran mengajar apabila sesi pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) dilaksanakan.

Presiden Ikatan Guru-Guru Muslim Malaysia (iGuru) Mohd Azizee Hasan berkata, pengalaman dalam sesi PdPR sebelum ini membolehkan guru mengajar dengan kaedah lebih baik untuk menarik perhatian pelajar.

Katanya, guru juga perlu bersedia untuk memastikan kaedah pengajaran yang lebih efektif memandangkan murid tepaksa menukar mod pembelajaran dengan mendadak.

“Sebelum ini sudah mula PdPR tetapi tidak lama selepas itu sesi persekolah diteruskan semula. Kini sesi PdPR kembali dilaksanakan menyebabkan murid perlu menyesuaikan diri kembali dalam tempoh singkat,” katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata, dalam masa sama kerajaan diminta mempercepatkan agihan bantuan peranti kepada pelajar golong B40.

Menurutnya, kemudahan itu kelak membolehkan pelajar kurang berkemampuan menjalani sesi PdPR dengan lebih baik berbanding sebelum ini.

“Kerajaan perlu percepatkan pemberian peranti kerana masih ramai pelajar yang terpaksa berkongsi dengan adik beradik lain dan ini boleh mengganggu tumpuan mereka ketika PdPR dilaksanakan,” katanya.

Kluster pendidikan menyebabkan banyak sekolah di seluruh negara terpaksa ditutup untuk sementara waktu bagi mengekang Covid-19.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Read More
Sumber Web: Harian Metro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.