Warning: fopen(/tmp/alcjlouHTxWd-Jt4RJg.tmp): failed to open stream: Disk quota exceeded in /home/neotizen/public_html/wp-admin/includes/class-wp-filesystem-ftpext.php on line 139

Warning: unlink(/tmp/alcjlouHTxWd-Jt4RJg.tmp): No such file or directory in /home/neotizen/public_html/wp-admin/includes/class-wp-filesystem-ftpext.php on line 142

Pemahaman agama sesuaikan sambutan Aidilfitri – Mufti Singapura

SINGAPURA: Penyesuaian dilakukan bagi menyambut Aidilfitri dalam suasana luar biasa dua tahun berturut-turut menunjukkan masyarakat Islam di republik itu mempunyai kefahaman agama yang tepat.

Ini terserlah apabila orang ramai menyahut baik seruan untuk terus menghidupkan ajaran agama yang tidak terpisah daripada realiti kehidupan sekarang yang mana pandemik COVID-19 terus mencengkam dunia.

Mufti Singapura, Dr Nazirudin Nasir dalam khutbah Aidilfitri yang disampaikan sepenuhnya secara dalam talian hari ini, berkata ia mendidik jiwa untuk berdaya tahan dan tabah menghadapi musibah serta ujian.

Khutbah Aidilfitri yang bertajuk ‘Agama Menjana Harapan dan Kesejahteraan’ disiarkan secara langsung di SalamSG TV, bermula sekitar 7.50 pagi, sejurus selepas takbir raya.

Dr Nazirudin menyampaikan khutbah itu di Masjid Yusof Ishak, yang turut memimpin sesi pertama solat Aidilfitri yang disertai seramai 100 jemaah, terbahagi dalam dua zon berasingan dengan 50 orang setiap zon.

Dalam khutbahnya, Nazirudin berkata, cabaran serta dugaan adalah lumrah kehidupan dan bagaimana manusia berusaha mengatasinya tatkala diuji membezakan antara orang-orang yang beriman.

Andai masyarakat memilih untuk ‘beku dalam ketakutan’ saat dilanda krisis atau musibah, keadaan akan berlarutan dan akibatnya hanya membawa lebih banyak kesakitan serta kemudaratan.

“Begitu juga dalam kehidupan beragama. Tanpa sebarang perubahan dan pembaharuan untuk membantu masyarakat mengatasi situasi sukar seperti ini, tentunya kita akan berhadapan dengan kelayuan dan kelesuan,” katanya.

Meskipun mengakui bahawa perubahan serta pembaharuan kadangkala boleh menimbulkan kecemasan dan kebimbangan, Nazirudin menekankan, ia juga sebenarnya adalah tuntutan agama dan satu amanah yang dipikul bersama.

“Di sinilah letaknya tanggungjawab pemikiran dan kepimpinan agama yang rancak dan teliti – yang dibina di atas pemahaman yang baik terhadap nas-nas dan tradisi keilmuan Islam.”

“Kitalah umat yang melalui krisis dan ujian ini, dan kitalah yang bertanggungjawab mencari huraiannya.

“Agama menjadikan kita insan mulia yang berdaya tahan dalam mengharungi keadaan susah mahupun senang. Bahkan, sifat dan nilai keagamaan kita akan lebih terserlah tatkala menghadapi krisis dan ujian,” katanya.

Beliau turut memberi contoh bagaimana kefahaman agama yang tepat berjaya membentuk seseorang individu menjadi insan yang mulia dan bukannya lemah apabila berdepan kesulitan.

Ini kerana, katanya, apabila seseorang mempunyai kefahaman agama yang cenderung ke arah positif, mereka akan terdorong untuk melihat setiap kesusahan sebagai peluang untuk bangkit semula, membina diri dan membuat penyesuaian.

“Lihat sahaja penyesuaian yang telah diusahakan sejauh ini. Walaupun ada penjarakan saf, sesi Jumaat yang berganda, namun hati kita tetap kekal bersatu di dalam mengamalkan agama. Ini kerana masyarakat memahami tuntutan agama dan ingin menjaga kemaslahatan umum,” katanya.

Nazirudin berkata, selepas lebih setahun masyarakat berhadapan dengan COVID-19 yang menimbulkan pelbagai cabaran dalam segala aspek kehidupan, ia seharusnya membentuk jiwa dan hati yang lebih berdaya tahan, lebih berkasih sayang serta penuh dengan keihsanan. – AGENSI

© New Straits Times Press (M) Bhd

Read More
Sumber Web: Berita Harian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.