Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by whitelisting our website.

Pemain perlu tenang – Kelab Penyokong TFC

[email protected]

Kuala Terengganu: “Pemain Terengganu FC (TFC) perlu beraksi dalam situasi tenang dan bukannya dalam keadaan tertekan lebih-lebih lagi bermain di tempat sendiri.

“Jika tertekan pelbagai kemungkinan boleh berlaku termasuk layangan kad dan aksi tidak konsisten,” kata Presiden Kelab Penyokong Bolasepak TFC Mohd Isa Che Arifin.

Skuad Penyu yang tewas dengan jumlah jaringan besar 4-1 kepada Penang FC Sabtu lalu di tempat sendiri bakal melayani kunjungan pasukan berstatus pelajar, UiTM FC di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Gong Badak malam esok.

Tambah Mohd Isa, beliau turut mengharapkan pengendali skuad itu, Nafuzi Zain dapat meningkatkan lagi kualiti permainan selain dapat menyusun strategi lebih ampuh biarpun menentang pasukan di kedudukan tercorot liga.

“Pemain harus melupakan episod duka dicakar Harimau Kumbang tempoh hari dan perlu bangkit menyusun langkah dengan memperbaiki kelemahan yang ada terutama di posisi serangan dan pertahanan yang nampak ketara kelemahan dalam aksi terdahulu.

“Kami kelab penyokong sentiasa berdiri teguh di belakang pasukan, namun berharap barisan jurulatih dapat meningkatkan lagi tempo permainan serta menyusun strategi yang lebih berkesan.

“Pemain juga tidak harus ambil mudah keupayaan pasukan lawan kerana pelbagai kemungkinan boleh terjadi walaupun pasukan lawan berada di kedudukan tercorot liga.

“Ini kerana kemenangan amat penting buat pasukan supaya mata dalam carta tidak jauh ketinggalan selain memastikan misi pasukan untuk berada dalam kelompok teratas liga terus kukuh,” katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Read More
Sumber Web: Harian Metro

Leave a Comment

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.