Pemandu kren ditahan miliki senapang angin

[email protected]

Jasin: Padah memiliki dua laras senapang angin buatan sendiri, seorang pemandu kren ditahan polis di Lubok Redan, Kuala Sungai Baru, semalam.

Lelaki berusia 37 tahun itu ditahan kira-kira jam 12. 45 tengah malam oleh sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ) Alor Gajah.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah Superintendan Arshad Abu berkata, selain senapang angin turut ditemui di premis itu peluru serta beberapa komponen.

“Hasil pemeriksaan dijalankan terhadap premis itu, pihak polis menemui dua laras senapang angin yang diletakkan di ruang tamu dan beberapa komponen serta peluru ‘ball bearing’ diletakkan di meja.

“Pemeriksaan lanjut kemudian mendapati lelaki terbabit tidak mempunyai sebarang lesen yang sah daripada pihak berkuasa berkaitan pemilikan senjata api terbabit,” katanya melalui kenyataan media, hari ini.

Beliau berkata, hasil siasatan dijalankan mendapati lelaki terbabit mendakwa senjata api itu dibuat sendiri dengan melayari laman web.

“Semakan lanjut dilakukan mendapati dia turut mempunyai rekod jenayah lampau membabitkan kes pemerasan di Kulai, Johor pada 2020.

“Dia kini direman selama tiga hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 8 (a) Akta Senjata Api 1960,” katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Read More
Sumber Web: Harian Metro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.