Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by whitelisting our website.
Categories
News

Pembangkang manipulasi istilah ‘kerjasama’ oleh PBS, kata Bung

Bung Moktar Radin berkata, pertukaran kerajaan negeri tidak mungkin berlaku kerana semua parti dalam Gabungan Rakyat Sabah memeterai perjanjian untuk menjaga kestabilan politik demi kemajuan negeri itu.

KOTA KINABALU: Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah, Bung Moktar Radin, berkata pembangkang cuba memanipulasi istilah “kerjasama” yang Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS), Maximus Ongkili tujukan kepada parti lawan di negeri itu, termasuk Warisan.

Have you seen this video?

Katanya, maksud kerjasama dibangkitkan PBS lebih kepada soal membangunkan negeri demi kebaikan rakyat, bukannya kerjasama menubuhkan kerajaan baharu.

“Bukan hanya PBS, malah kita dalam Gabungan Rakyat Sabah (GRS) termasuk BN, Umno dan lain-lain juga sedia menjalin kerjasama dalam bentuk idea dan pandangan untuk membangunkan negeri demi kesejahteraan rakyat,” katanya ketika ditemui semalam.

Timbalan Ketua Menteri Sabah itu berkata, perubahan tampuk pemerintahan di Sabah tidak mungkin berlaku kerana semua parti dalam GRS memeterai perjanjian untuk menjaga kestabilan politik demi kemajuan negeri itu.

“Saya harap rakyat tidak terpengaruh dengan propaganda yang dimainkan pihak tidak bertanggungjawab, terutamanya dari parti pembangkang yang sengaja mencipta isu demi kepentingan politik mereka.

“Seperti saya jelaskan sebelum ini, buat masa ini, kita tumpukan usaha untuk pembangunan negeri dan bukan masa untuk berpolitik. Kita berdepan pelbagai cabaran, termasuk pandemik Covid-19 yang bukan saja menjejaskan ekonomi negara, malah turut menjejaskan kesejahteraan hidup rakyat yang perlu kita tangani bersama.”

Beliau berkata, walaupun kerajaan negeri kini diterajui GRS, ia tidak bermakna mereka tidak mendengar pandangan serta cadangan parti pembangkang yang boleh membawa kebaikan untuk negeri dan rakyat secara menyeluruh.

Tugas pembangkang, katanya, bukan setakat membangkang, tetapi mereka boleh memberikan input baik kepada kerajaan demi kebaikan rakyat.

“Saya fikir ini yang dimaksudkan soal kerjasama (disebut Ongkili) dan bukannya kerjasama membentuk kerajaan baharu.”

Baru-baru ini, Presiden Warisan, Shafie Apdal menyuarakan hasrat untuk menjalin kerjasama dengan PBS demi kebaikan Sabah dan hak negeri itu.

Susulan itu, Ongkili menyuarakan kesediaan partinya bekerjasama dengan mana-mana parti pembangkang, termasuk Warisan.

Bagaimanapun, satu mesej tersebar menerusi WhatsApp mendakwa Warisan akan membentuk kerajaan baharu bersama PBS, PKR, Upko dan tiga calon bebas yang memenangi pilihan raya negeri tahun lalu.

Dakwaan itu dinafikan Setiausaha Agung PBS, Joniston Bangkuai dan ADUN Pitas, Ruddy Awah, yang kini bersama Bersatu, manakala Ketua Menteri yang juga Pengerusi GRS, Hajiji Noor menyifatkan ia sebagai propaganda politik pihak tidak bertanggungjawab bagi merosakkan hubungan baik antara parti dalam GRS.

Read More
Sumber Web: Tempatan – Free Malaysia Today (FMT)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Exit mobile version