Pemilik premis, orang ramai patuhi SOP had dua jam

[email protected]

Kota Bharu: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Kelantan mendapati pihak premis termasuk pasar raya dan pengguna di negeri ini mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) menerusi Operasi Had Dua Jam (Op Had 2J), hari ini.

Ketua Pegawai Penguat Kuasa KPDNHEP negeri, Azanizam Affendi Juri berkata, pihaknya membuat pemeriksaan di 12 premis termasuk pasar raya dan pasar tani yang menjadi pilihan pengguna untuk membeli barang keperluan harian.

Katanya, hasil pemeriksaan mendapati semua pengguna mematuhi perundangan ditetapkan.

“Pemeriksaan mendapati orang ramai mematuhi SOP Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 ditetapkan apabila mereka mengimbas suhu, mendaftar di MySejahtera atau pada buku pendaftaran.

“Premis diperiksa turut mematuhi SOP apabila menyediakan mesin pengimbas suhu, buku pendaftaran dan penggunaan MySejahtera.

“Premis perniagaan memaparkan jumlah had kemasukan pelanggan pada satu-satu masa dan penggunaan sistem nombor giliran,” katanya menerusi satu kenyataan, di sini, hari ini.

Beliau berkata, premis perniagaan memaparkan had maksimum tempoh dua jam bagi seorang pelanggan berada di dalam premis dan membuat kawalan keluar masuk orang ramai dengan penjarakan sekurang-kurangnya satu meter.

Menurutnya, seorang pekerja mengawal laluan keluar masuk pelanggan ke premis mereka.

“Selain itu, pemilik premis meletakkan alat pengimbas suhu dan menyediakan cecair pensanitasi tangan di laluan masuk ke premis perniagaan.

“Pekerja, pembekal dan pelanggan diwajibkan memakai pelitup muka dengan betul mengikut saranan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ketika berada di premis,” katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Read More
Sumber Web: Harian Metro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.