Pemilik restoran perlu sedia ruang tertutup untuk pekerja makan, kata polis

Pesuruhjaya Polis Sabah, Hazani Ghazali, menasihatkan pemilik dan pekerja restoran supaya tidak makan di premis masing-masing secara terbuka. (Gambar PDRM)

KOTA KINABALU: Pesuruhjaya Polis Sabah, Hazani Ghazali, berkata pemilik atau pekerja restoran perlu menyediakan ruangan khas yang tertutup untuk mereka makan ketika beroperasi sepanjang tempoh perintah kawalan pergerakan (PKP).

Katanya, makan atau minum di ruang terbuka dan terdedah kepada orang ramai hanya akan mengundang tindakan kompaun ke atas mereka.

“Sama juga ketika restoran boleh ‘dine in’ sebelum ini, tak kan pemilik atau pekerja makan di meja yang disediakan untuk pelanggan.

“Jadi, saya nasihatkan kepada pemilik atau pekerja restoran, janganlah makan di meja atau kawasan yang seolah-olah menampakkan mereka ‘dine in’,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah.

Sementara itu, Hazani berkata pihaknya akan menghantar pasukan pematuhan tambahan di kawasan mencatatkan peningkatan kes Covid-19 di Sabah.

Katanya, ia bagi memperketatkan lagi pemantauan SOP PKP terutama di daerah seperti Lahad Datu, Kunak dan Tawau.

“Kita tidak akan berkompromi dan kita hantar pasukan pematuhan ke daerah yang kes meningkat seperti di Lahad Datu, Kunak dan Tawau.

“Saya risau dengan Tawau kerana jangkitan Covid-19 di daerah itu ada di mana-mana tempat. Ini cukup merisaukan sebab itu saya hantar pasukan pematuhan yang lebih agresif terutama di Tawau dan Kalabakan.

“Juga kelmarin ada peningkatan sedikit di Lahad Datu dan juga Kunak pun saya hantar pasukan pematuhan,” katanya.

Read More
Sumber Web: Tempatan – Free Malaysia Today (FMT)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.