Warning: fopen(/tmp/alcjlouHTxWd-QeBRmv.tmp): failed to open stream: Disk quota exceeded in /home/neotizen/public_html/wp-admin/includes/class-wp-filesystem-ftpext.php on line 139

Warning: unlink(/tmp/alcjlouHTxWd-QeBRmv.tmp): No such file or directory in /home/neotizen/public_html/wp-admin/includes/class-wp-filesystem-ftpext.php on line 142

Pendaftaran nombor cukai pendapatan melalui e-Daftar mulai Selasa ini

PUTRAJAYA: Pendaftaran nombor cukai pendapatan melalui perkhidmatan e-Daftar dan penetapan serta pertukaran prefix baharu bagi pembayar cukai individu (SG dan OG) kepada prefix IG bermula Selasa ini.

Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) berkata, pendaftaran nombor cukai pendapatan bagi pembayar cukai kategori Koperasi (CS), Pertubuhan (F), Badan Amanah (TA), Unit Amanah/Amanah Harta Tanah (TC), Amanah Perniagaan (TN) dan Amanah Pelaburan Harta Tanah/Tabung Amanah Harta (TR) boleh dilakukan secara dalam talian melalui e-Daftar yang boleh dicapai menerusi pautan https://edaftar.hasil.gov.my/.

Sebagai rekod, katanya, perkhidmatan e-Daftar ketika ini hanya terhad kepada SG dan OG, syarikat (C), perkongsian (D), majikan (E) dan perkongsian liabiliti terhad (PT).

“Mulai Selasa ini juga LHDN akan melaksanakan penetapan prefix baharu bagi pembayar cukai individu iaitu daripada prefix SG dan OG kepada prefix IG. Proses penetapan prefix ini membabitkan dua fasa iaitu bagi pertama akan dilaksanakan terhadap pembayar cukai individu yang baharu didaftarkan melalui sistem LHDN.

“Fasa kedua pula membabitkan pertukaran prefix bagi pembayar cukai individu sedia ada secara berperingkat mulai Selasa ini,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

LHDN berkata, pertukaran prefix ini tidak membabitkan sebarang perubahan terhadap nombor cukai pendapatan individu sedia ada dan tarikh akhir pengemukaan Borang Nyata bagi individu juga kekal iaitu 30 April setiap tahun bagi individu tidak menjalankan perniagaan dan 30 Jun setiap tahun bagi individu yang menjalankan perniagaan.

Katanya, pertambahan kategori pembayar cukai yang boleh didaftarkan melalui perkhidmatan e-Daftar ini satu daripada inisiatif di bawah Transformasi Hasil (TH) sebagai usaha berterusan LHDN meningkatkan mutu perkhidmatannya kepada pembayar cukai.

Penetapan dan pertukaran prefix SG dan OG kepada IG bagi pembayar cukai individu pula dapat memudahkan pengurusan pembayar cukai serta mengelak kekeliruan dalam kalangan pembayar cukai individu.

Sebarang pertanyaan dan maklum balas berkaitan perkara ini boleh dimajukan kepada LHDN melalui Hasil Care Line di talian 03-8911 1000/603-8911 1100 (luar negara), HASiL Live Chat dan borang maklum balas di portal rasmi LHDN di pautan pantas https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/MaklumBalas/ms-my/;.

– BERNAMA

© New Straits Times Press (M) Bhd

Read More
Sumber Web: Berita Harian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.