Peng Soon-Liu Ying buat pusingan U

[email protected]

KUALA LUMPUR: Beregu campuran profesional, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying mengesahkan akan menyertai latihan skuad kebangsaan di Akademi Badminton Malaysia (ABM) Bukit Kiara sebagai persiapan menghadapi Sukan Olimpik Tokyo 2020, Julai depan.

Peng Soon berkata, mereka akan melaporkan diri, esok tetapi perlu menjalani kuarantin selama 10 hari sebelum dapat berlatih dengan barisan pemain kebangsaan yang lain.

“Namun, dalam tempoh itu kuarantin itu kami dibenarkan untuk menjalani latihan cuma tempat berasingan iaitu di Stadium Juara Bukit Kiara secara gelembung sukan. Hanya selepas tamat tempoh kuarantin baru kami boleh menyertai pemain BAM (Persatuan Badminton Malaysia) berlatih ABM.

“Jurulatih kami (Chin Eei Hui) juga akan menyertai kami selain Tan Kian Meng-Lai Pei Jin sebagai rakan sepelatih,” kata Peng Soon.

BAM sebelum ini menjemput pemenang pingat perak Olimpik Rio 2016 itu untuk berlatih di ABM selepas kerajaan kembali melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak 12 Mei lalu tetapi mereka memutuskan untuk kekal menjalani latihan di luar selepas mendapat kebenaran daripada Majlis Sukan Negara (MSN).

Bagaimanapun, Peng Soon, memberitahu Majlis Keselamatan Negara (MKN) tidak lagi membenarkan mereka berlatih di luar dan menyebabkan mereka tidak mempunyai pilihan selain menyertai kem latihan di ABM yang dijalankan secara kuarantin.

“Jadi, kami akan ikut semua SOP (prosedur operasi standard) yang ditetapkan BAM. Kami tidak boleh lagi terlepas latihan kerana Sukan Olimpik sudah semakin hampir,” katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Read More
Sumber Web: Berita Harian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.