Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by whitelisting our website.
Categories
News

Pengarah filem ingkar SOP dikompaun RM10,000

SEREMBAN: Seorang pengarah filem tempatan dikompaun RM10,000 kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan menjalankan aktiviti penggambaran filem di tempat awam di Jeti Penambang 2, Bukit Pelandok, dekat sini, semalam.

Have you seen this video?

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Aidi Sham Mohamed, berkata kompaun terhadap lelaki berusia 59 tahun dibuat selepas polis menerima maklumat daripada orang awam terdapat penggambaran filem di kawasan terbabit kira-kira jam 11.30 pagi.

“Kompaun dikeluarkan oleh polis kepada lelaki itu ketika penggambaran sedang dijalankan di jeti berkenaan.

Individu yang dikompaun seharusnya lebih peka dengan SOP ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) iaitu penggambaran hanya dibenarkan dibuat di dalam studio sepanjang tempoh PKP ini dilaksanakan,” katanya dalam satu kenyataan malam tadi.

Jelasnya, polis memandang serius sebarang pelanggaran SOP yang ditetapkan MKN dalam mengawal jangkitan pandemik COVID-19 memandangkan jumlah kes wabak itu masih lagi tinggi. – BERNAMA

© New Straits Times Press (M) Bhd

Read More
Sumber Web: Berita Harian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Exit mobile version