Peniaga Pasar Harian Selayang tak perlu bayar sewa hingga akhir tahun

Kuala Lumpur: Peniaga di Pasar Harian Selayang di sini diberi kemudahan sewa percuma sehingga akhir tahun ini bagi meringankan beban mereka, kata Menteri Wilayah Persekutuan Tan Sri Annuar Musa.

Beliau berkata kelonggaran itu membabitkan peniaga yang akan mula beroperasi di bangunan baharu pasar berkenaan mulai Selasa ini.

“Saya ada menerima permohonan untuk turunkan sikit kadar sewa yang dikenakan. Kita putuskan untuk beri percuma, tak perlu bayar sewa hingga akhir tahun. Semoga itu membantu..Allah memberkati,” katanya menerusi Twitter hari ini.

Pasar Harian Selayang akan beroperasi sepenuhnya di bangunan baharu pada hari Selasa ini, manakala operasi pasar sementara di kawasan itu akan ditamatkan pada Isnin.

Sementara itu Annuar berkata inisiatif Trak Vaksin Bergerak [email protected] yang diumumkan sebagai alternatif kepada Pusat Pemberian Vaksin (PPV) sedia ada akan diteruskan walaupun dalam tempoh sekatan pergerakan penuh yang mula dilaksanakan Selasa ini.

  • Lagi berita berkaitan perintah kawalan pergerakan

  • Lagi berita berkaitan Covid-19

    © New Straits Times Press (M) Bhd

  • Read More
    Sumber Web: Harian Metro

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.