Warning: fopen(/tmp/alcjlouHTxWd-oD8vgR.tmp): failed to open stream: Disk quota exceeded in /home/neotizen/public_html/wp-admin/includes/class-wp-filesystem-ftpext.php on line 139

Warning: unlink(/tmp/alcjlouHTxWd-oD8vgR.tmp): No such file or directory in /home/neotizen/public_html/wp-admin/includes/class-wp-filesystem-ftpext.php on line 142

Penumpang LRT, MRT dinasihat jalani saringan selepas 2 kes positif Covid-19

Prasarana menasihatkan penumpang LRT dan MRT sentiasa mematuhi SOP ketika menggunakan perkhidmatan tren, khususnya pemakaian pelitup muka dengan betul.

PETALING JAYA: Prasarana Malaysia Bhd menasihatkan penumpang LRT Laluan Kelana Jaya dari Taman Melati ke KLCC serta Wangsa Maju ke Pasar Seni pada waktu puncak pagi semalam dan kelmarin menjalani ujian saringan Covid-19 jika mempunyai gejala, selepas dua penumpang disahkan positif.

Penumpang MRT Laluan Kajang dari Pasar Seni ke Stesen Semantan pada waktu puncak pagi semalam turut disarankan berbuat demikian.

Saranan itu dibuat Prasarana selepas Claudia Nuriman menerusi Twitternya memaklumkan beliau menaiki tren LRT dari Wangsa Maju ke Pasar Seni dan menyambung perjalanan menggunakan MRT ke Stesen Semantan antara 7.30 pagi hingga 8.30 pagi semalam.

Pemilik akaun Twitter Nurul Aisyah pula memberitahu beliau disahkan positif Covid-19 dan menasihati penumpang yang menaiki tren LRT dari Taman Melati ke KLCC antara 8 pagi hingga 9 pagi 27 Mei lalu segera menjalani ujian saringan.

Prasarana mengalu-alukan sikap terbuka kedua-dua penumpang itu dan menasihatkan penumpang sentiasa mematuhi SOP ketika menggunakan perkhidmatan tren, khususnya pemakaian pelitup muka dengan betul.

“Jika boleh, gunakan pelitup muka berganda untuk menjaga kesihatan masing-masing.

“Sentiasa berhemah ketika menaiki tren bagi mengurangkan risiko penularan Covid-19 seperti kurangkan bercakap, elakkan bersentuhan walaupun sesama rakan dan anggota keluarga serta jaga penjarakan fizikal anda sendiri.”

Katanya, semua tren disanitasi setiap malam untuk memastikan keselamatan dan keselesaan penumpang.

Read More
Sumber Web: Tempatan – Free Malaysia Today (FMT)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.