Penunggang motosikal maut, bahan dibawa meletup

[email protected]

SARIKEI: Seorang maut, manakala seorang lagi parah apabila bahan dibawa mereka ketika menunggang motosikal, meletup di Jalan Sungai Pidi, Bakong, Maradong, dekat sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Maradong, Deputi Superintendan Sekam Anoi, berkata bahan letupan itu dipercayai hasil buatan sendiri untuk kegunaan memburu binatang liar di dalam hutan.

Katanya, insiden jam 6.24 petang itu menyebabkan penunggang motosikal berusia 23 tahun yang beralamat di Rumah Suring, Sungai Pidi, meninggal dunia di tempat kejadian.

Beliau berkata, pemboncengnya yang berusia 53 tahun dan beralamat di Rumah Kedawang, Julau, mengalami kecederaan parah di kaki serta paha dan dikejarkan ke Hospital Sarikei untuk rawatan lanjut.

“Polis menerima panggilan orang awam memaklumkan terdengar bunyi letupan kuat di jalan menuju ke Rumah Panjang Mandau.

“Hasil siasatan awal di tempat kejadian mendapati letupan dipercayai berlaku dari bahagian bakul hadapan dan tangki motosikal terbabit.

“Bagaimanapun, siasatan masih diteruskan bagi mengenal pasti jenis serta cara penghasilan bahan letupan itu yang dipercayai buatan sendiri untuk memburu binatang liar dalam hutan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau menegaskan, polis memandang serius kejadian itu dan akan mengambil tindakan tegas.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 6 Akta Bahan Letupan 1957.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Read More
Sumber Web: Berita Harian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.