Penyokong remaja Atletico maut ketika rai kejuaraan

MADRID: Insiden tragis terjadi di tengah bandaraya di sini, semalam apabila seorang peminat berusia 14 tahun dilaporkan maut ketika meraikan kejayaan Atletico Madrid memenangi kejuaraan liga Sepanyol musim ini.

Ribuan penyokong kelab berkenaan keluar ke jalan raya di ibu kota Sepanyol di sini, selepas Atletico bangkit untuk menewaskan Real Valladolid 2-1 dalam aksi terakhir saingan La Liga itu.

Menurut laporan El Pais, remaja lelaki itu mengeluarkan badannya daripada van dinaiki, sebelum kepalanya tiba-tiba terhantuk pada pintu masuk ke kawasan letak kenderaan di Plaza de Santa Ana.

Van berkenaan membawa beberapa penyokong remaja ketika ia kemudian melanggar beberapa pagar pembinaan sebelum memasuki parkir kenderaan tempat kejadian.

Ambulans tiba di kawasan berkenaan namun tidak sempat memberikan sebarang bantuan dan mengesahkan kematian remaja terbabit. –

– AGENSI

© New Straits Times Press (M) Bhd

Read More
Sumber Web: Berita Harian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.