Warning: fopen(/tmp/alcjlouHTxWd-rMrzac.tmp): failed to open stream: Disk quota exceeded in /home/neotizen/public_html/wp-admin/includes/class-wp-filesystem-ftpext.php on line 139

Warning: unlink(/tmp/alcjlouHTxWd-rMrzac.tmp): No such file or directory in /home/neotizen/public_html/wp-admin/includes/class-wp-filesystem-ftpext.php on line 142

Perancis benam Bulgaria

PARIS: Karim Benzema terpaksa meninggalkan padang akibat keletihan pagi tadi ketika juara dunia, Perancis menewaskan Bulgaria 3-0 dalam saingan persahabatan terakhir, seminggu sebelum memulakan kempen Euro 2020.

Benzema dikeluarkan pada minit ke-39 di Stade De France yang menjadi perlawanan terakhir Perancis sebelum mereka berdepan Jerman dalam perlawanan pembukaan Kumpulan F Kejohanan Eropah 15 Jun ini.

Perancis juga akan berdepan juara bertahan, Portugal dan Hungary, yang akan bermain dua perlawanan kumpulan di depan penonton yang ramai dekat Puskas Arena, Budapest.

Pemain berusia 33 tahun, Benzema dipanggail kembali ke pasukan kebangsaan selepas enam tahun dipinggirkan namun penggantinya, Olivier Giroud menunjukkan kenapa skuad Les Bleus dianggap pilihan pada kejohanan itu dengan dua gol lewat bagi menambah jumlah gol miliknya bersama Perancis kepada 46.

Giroud, 34, kini hanya lima gol kurang berbanding penjaring terbanyak sepanjang zaman Perancis, Thierry Henry namun tampak akan diketepikan jika Benzema kembali.

“Apabila orang memanggil saya, perkara paling penting ialah melaksanakan tugas diberikan,” kata Giroud kepada penyiar M6.

“Saya mendapat bantuan yang bagus daripada rakan sepasukan. Mereka tahu di mana saya akan berada dalam kotak penalti, jadi saya hanya akan cuba melakukan penyudah terbaik.”

Antoine Griezmann menjaringkan gol pembukaan di depan 5,000 penonton yang meraikan kepulangan bola sepak secara langsung di stadium. – AFP

© New Straits Times Press (M) Bhd

Read More
Sumber Web: Berita Harian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.