Perancis cadang gencatan senjata konflik di Gaza

Paris: Perancis mencadangkan resolusi pada Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), bersama-sama dengan Mesir dan Jordan, untuk gencatan senjata konflik Israel-Gaza, menurut pejabat presiden pada lewat Selasa.

Presiden Perancis Emmanuel Macron dan rakan sejawatnya di Mesir, Abdel Fattah al-Sisi, yang berada di Paris untuk sidang kemuncak bagi Afrika, bersetuju dengan resolusi itu menerusi satu sidang video dengan Raja Jordan, Raja Abdullah II, kata kenyataan itu.

“Semua tiga negara bersetuju pada tiga elemen yang mudah: Tembakan mesti dihentikan, masanya tiba untuk gencatan senjata dan Majlis Keselamatan PBB perlu menangani isu ini,” kata kenyataan Istana Elysee itu.

Perancis, sudah mendesak gencatan senjata segera sejak beberapa hari lalu, dan berkata, ia menyokong mediasi diketuai oleh Mesir.

Macron pada Isnin menyatakan kepentingan mediasi oleh Mesir selepas perbualan di Paris dengan Sisi.

Majlis Keselamatan PBB gagal untuk membuat sebarang pengisytiharan bersama mengenai konflik itu, selepas Amerika Syarikat (AS) yang juga sekutu kuat kepada Israel menolak tiga deraf kenyataan bersama yang dicadangkan oleh China, Norway dan Tunisia, untuk mendedak supaya pertempuran itu ditamatkan.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Read More
Sumber Web: Harian Metro

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

close