bhnews@bh.com.my
KLUANG: Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Johor menangkap tiga gajah liar susulan aduan penduduk di Batu 43, Kampung Pinggir, Simpang Renggam, hari ini.
Pengarahnya, Salman , berkata gajah pertama dapat diikat kira-kira jam 1.30 tengah hari disusuli tangkapan seterusnya pada jam 2.15 dan jam 2.50 petang dalam operasi khas yang dijalankan selepas kumpulan gajah dilihat berada dalam kebun berhampiran dengan Hentian Sebelah Simpang Renggam.
“Lapan anggota unit tangkapan gajah Perhilitan Johor terbabit dalam operasi itu dan tiga gajah ini adalah sebahagian daripada kumpulan gajah tersesat ke situ sejak seminggu lalu.
“Kawasan konflik gajah ini berlaku di sekitar Kampung Sri Timur, Felda Kahang Barat/Timur, Taman Sri Impian, Mardi Kluang, Ladang Sungai Kahang, Ladang Ulu Remis, Ladang Renggam, Felda Layang-layang, Kampung Bukit Nyamuk, Kampung Bukit Kenangan dan kawasan sekitarnya,” katanya dihubungi hari ini.
Salman berkata, PERHILITAN Johor akan menjalankan pemantauan hingga gajah berkenaan dipindahkan ke habitat baharu.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Read More
Sumber Web: Berita Harian