Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by whitelisting our website.
Categories
News

‘Perjelaskan pesawat Israel di ruang udara Putrajaya’

faris.fuad@bh.com.my

KUALA LUMPUR: Kerajaan diminta memberi penjelasan berhubung dakwaan sebuah pesawat Boeing milik Israel dikesan merentas ruang udara Putrajaya sebelum mendarat di pangkalan tentera udara negara jiran.

Pengerusi Kaukus Jawatankuasa Kesejahteraan Rakyat Dewan Negara, Datuk Razali Idris, berkata rakyat memerlukan penjelasan segera apatah lagi pesawat itu dikatakan diguna pakai sebagai platform ujian peralatan radar dan elektronik.

Katanya, pesawat berkenaan turut direka untuk menampung sistem perisikan semboyan rondaan maritim, perisikan imej, sistem amaran awal udara (AEW) dan sistem perlindungan misil pesawat komersial.

“Mengikut laporan Jurnal Defense Security Asia, pesawat itu adalah jenis Boeing 737-400 bernombor 4X-A00 milik Israel Aerospace Industries-Elta (IAI-Elta) iaitu sebuah syarikat kontraktor berpangkalan di Tel Aviv.

“Persoalannya sekarang ialah adakah pesawat itu diberi kebenaran terbang di ruang udara negara. Kita memandang serius soal keselamatan dan kesejahteraan rakyat terutama ancaman Israel menyasarkan Malaysia yang lantang memperjuangkan hak rakyat Palestin dan menentang kezaliman zionisme tentera Israel.

“Apakah ada cubaan provokasi termasuk keperluan mengancam negara kecil bertegas seperti Malaysia termasuk suara lantang Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mendesak Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bertindak segera bagi memaksa Israel menghentikan kezaliman dan penindasan rakyat Palestin yang tidak berperikemanusiaan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Terdahulu, media melaporkan sebuah pesawat perisik milik Israel dikesan berlegar di ruang udara Malaysia kira-kira empat jam sebelum mendarat di sebuah pangkalan tentera udara di Singapura.

Sebelum ini, Muhyiddin dilaporkan berkata Malaysia dukacita dan kesal dengan masyarakat antarabangsa, termasuk Majlis Keselamatan PBB yang tidak mampu menghentikan keganasan rejim Israel ke atas Palestin.

Sungguhpun begitu, Perdana Menteri dipetik berkata Malaysia akan terus berusaha menyeru komuniti antarabangsa, khususnya Majlis Keselamatan PBB bertindak segera, bagi memaksa Israel menghentikan serangan terhadap rakyat Palestin.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Read More
Sumber Web: Berita Harian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Exit mobile version