Perkahwinan Secara Islam, Anak Bill Gates Selamat Menyambut Ulang Tahun Pertama

Anak kepada Bill Gates, Jennifer Gates menyambut ulang tahun perkahwinannya dengan Nayel Nassar pada 16 Oktober 2022. Menerusi Instagram, Jennifer memuat naik status yang ditujukan kepada suaminya yang beragama Islam.

Menyambut Ulang Tahun Pertama

via Instagram Jenniferkgates

16 Oktober 2022, adalah hari yang menggembirakan bagi Jennifer Gates dan Nayel Nassar. Pasangan muda itu baru sahaja menyambut ulang tahun perkahwinan pertama mereka.

Menerusi Instagramnya, Jennifer Gates meraikan ulang tahunnya bersama Nayel Nassar dengan memuat naik potret perkahwinan mereka, tepat setahun lalu.

Pengalaman Yang Menggembirakan

Jennifer yang juga mengakui bahawa dia sendiri tidak percaya perkahwinannya dengan Nayel telah bertahan selama setahun.

Bukan sahaja Jennifer Gates, Nayel Nassar turut meluahkan kata-kata untuk meraikan ulang tahun perkahwinannya. Dia akui setahun berumah tangga bersama Jennifer adalah satu pengalaman yang menggembirakannya.

Pernikahan Secara Islam

via Instagram Nayelnassar

Anak Bill Gates ini berkahwin dengan Nayel Nasar dalam perkahwinan tertutup pada hari Jumaat. 16 Oktober 2021 yang lalu.

Jennifer Gates dan Nayel Nassar berkahwin dalam cara Islam. Hal ini kerana Nayel merupakan atlet lompat dari Mesir yang beragama Islam. Pun begitu, tidak diketahui sama ada Jennifer memutuskan untuk memeluk Islam atau tidak.

The post Perkahwinan Secara Islam, Anak Bill Gates Selamat Menyambut Ulang Tahun Pertama appeared first on Murai MY.

Read More

Sumber Web: Murai MY

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.