Permohonan ruang niaga harian Jalan TAR tutup 15 Jun

[email protected]

KUALA LUMPUR: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memaklumkan pendaftaran ruang niaga harian di Jalan Tunku Abdul Rahman (TAR) akan ditutup Selasa ini.

Makluman itu dimuat naik dimuat naik di laman sosial Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP).

DBKL dalam satu kenyataan berkata, ruang niaga harian berkenaan bukanlah berkonsepkan seperti bazar Ramadan dan tidak akan beroperasi sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.

Menurut kenyataan itu, jangkaan pembukaan ruang niaga harian itu pada Julai ini, tetapi tertakluk kepada arahan semasa Kerajaan Pusat berkaitan PKP.

“Sementara itu, di bawah Program Pembangunan Usahawan Anak Muda Kota (UAMK), khusus untuk belia, ruang niaga harian juga adalah cadangan lokasi baharu dengan kira-kira 50 tapak kiosk ditawarkan.

“Terdapat kira-kira 679 tapak kiosk UAMK di lokasi strategik di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

“Usaha ini selaras dengan tujuh Inisiatif Wilayah Cakna 5.0 dalam menyediakan ruang perniagaan harian dengan jumlah peniaga yang terhad,” katanya dalam kenyataan di laman sosial DBKL, hari ini.

Menurut kenyataan itu, petak perniagaan itu juga disediakan dalam ukuran 0.74 meter persegi dan jarak 2.4 meter di antara setiap unit gerai.

“Menerusi UAMK, belia berpeluang memulakan perniagaan dan menjana ekonomi sendiri dalam membantu mereka yang kehilangan pekerjaan.

“Ketika ini, DBKL sedang membuat perancangan terperinci dan masih dalam peringkat mendapatkan maklum balas bagi mengenal pasti jenis perniagaan yang sesuai,” katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Read More
Sumber Web: Berita Harian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.