PERODUA kekal sasaran jualan 240,000 kereta

[email protected]

RAWANG: Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (PERODUA) mengekalkan sasaran jualan tahun ini sebanyak 240,000 unit di sebalik cabaran yang dihadapi membabitkan situasi semasa COVID-19 dan isu kekurangan semikonduktor.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Zainal Abidin Ahmad, berkata meskipun berdepan cabaran, permintaan bagi semua model keluarannya kekal kukuh ketika ini, disokong insentif pengecualian cukai jualan yang memacu jualan.

Beliau berkata, PERODUA menjual menjual 96,281 kenderaan dalam lima bulan pertama tahun ini, mewakili peningkatan 82 peratus berbanding 52,920 unit yang dijual dalam tempoh yang sama tahun lalu ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berkuat kuasa antara Mac dan Mei.

Namun, katanya, pencapaian 2021 lebih sesuai dibandingkan dengan prestasi 2019, di mana PERODUA menjual 105,745 unit dalam tempoh lima bulan pertama iaitu 8.9 peratus lebih tinggi berbanding tempoh yang sama tahun ini.

“Kesan pandemik dan isu kekurangan semikonduktor dapat dilihat pada penurunan jualan sebanyak 12 peratus daripada 20,399 unit pada April kepada 17,973 unit pada Mei.

“Walaupun berhadapan dengan cabaran ini, sekiranya tidak berlaku ketidakpastian tambahan, kami percaya mampu mencapai sasaran 240,000 unit bagi tahun ini di sebalik permintaan yang kekal kukuh bagi semua model,” katanya dalam satu kenyataan.

Tahun lalu, PERODUA menjual sebanyak 220,154 unit.

Mengulas lanjut, Zainal Abidin berkata, lanjutan pengecualian cukai jualan sehingga akhir tahun turut membantu menampung permintaan, menggalakkan aktiviti ekonomi serta membantu mengekalkan ekosistem automotif Malaysia.

“Kami memahami bahawa langkah yang diambil oleh kerajaan bagi melawan pandemik ini adalah perlu demi kesihatan dan keselamatan rakyat.

“Kami bersama-sama dengan pembekal dan pengedar akan memberikan kerjasama penuh kepada kerajaan bagi meratakan lengkung COVID-19,” katanya.

Mengenai operasi pusat servis PERODUA dalam tempoh sekatan pergerakan penuh, beliau menjelaskan, pelanggan boleh menghubungi pusat servis yang berhampiran untuk mendapatkan maklumat terkini.

“Bagi penghantaran kenderaan baharu, kami ingin mengucapkan terima kasih kepada pelanggan yang dihargai atas kefahaman dan kesabaran mereka menunggu kenderaan,” katanya.

PERODUA menghasilkan 18,283 kenderaan pada Mei, sekali gus meningkatkan jumlah pengeluarannya setakat tahun ini kepada 98,944 unit.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Read More
Sumber Web: Berita Harian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.