Pesta Buku Antarabangsa Abu Dhabi yang sedang berlangsung ini memang luar biasa pada hemat saya. Selepas selesai program di reruai Muslim Council of Elders, saya dijemput oleh wakil Pejabat al-Imam al-Akbar Syeikh al-Azhar untuk mengunjungi reruai al-Azhar al-Syarif.
Banyak kitab-kitab menarik karangan para ulama’ al-Azhar yang dipamerkan dan dijual di sini. Kualiti penulisannya sudah tentu tidak perlu dipertikaikan kerana semua sedia maklum akan penguasaan ilmu para ulama’ al-Azhar.
Saya mula terkesan dengan al-Azhar sejak di bangku SMAASZA. Kenangan bertemu Syeikh al-Azhar, Jad al-Haq ‘Ali Jad al-Haq ada di nukilkan dalam Bab 11 autobiografi saya di sini https://zulkiflialbakri.com/bab-11-cerita-budak-kubang-kekura-di-depan-syeikhul-azhar/
Semoga generasi al-Azhar al-Syarif di seluruh pelosok dunia pada hari ini terus istiqamah menjunjung panji kesederhanaan dan keilmuan yang telah ditinggalkan oleh para ulama’ al-Azhar terdahulu.
Sumber Instagram: Datuk Zulkifli Mohamad al-Bakri (@drzulkifli.albakri)